Masjid Al-Ghufran
Masjid Al-Ghufran dilihat dari Lebuhraya Damansara-Puchong |
Pelan Lokasi
Masjid Al-Ghufran terletak di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong bertentangan dengan pusat membeli belah The Curve, Ikano Power Centre, IKEA dan Tesco.
Pandu Arah
Berikut adalah pandu arah ke Masjid Al-Ghufran untuk Usrah STAR66 Sesi ke 20. Sila klik
Dari Kelana Jaya/Subang Jaya/Federal Highway melalui Lebuhraya Damansara Puchong
Dari Federal Highway melalui Jalan Universiti
Dari Sg Buloh/Kepong/Selayang melalui Lebuhraya Damansara Puchong
Dari Jalan Duta melalui Penchala Tunnel
Selamat memandu dan semoga sampai ke Masjid Al-Ghufran dengan selamat dan mudah.
Perhatian untuk pemanduan menggunakan LDP dari arah Petaling Jaya
Sekiranya anda datang menggunakan LDP dari arah Petaling Jaya anda akan perlu buat U-turn dan menghala balik ke Petaling Jaya.
Selepas Tesco/IKEA/The Curve anda perlu mengambil lorong ke dua dari kiri dan buat U-turn ke kanan di bawah LDP dan masuk balik LDP menghala ke Petaling Jaya. Ambil lorong terkiri dan keluar di exit pertama ia-itu sebelum stesen minyak PETRONAS.
Ada lorong kecil di sebelah kiri sebelum dan bersebelahan dengan stesen PETRONAS itu untuk sampai ke Masjid Al Ghufran. Lorong ini ada tanda NO ENTRY, tapi ramai pemandu masuk juga....
Bilik Balqis
Bilik Balqis ini terletak di aras B2 (dua tingkat di bawah aras Dewan Solat Utama) ia-itu sama aras dengan Cafe' Al-Ghufran. Dewan ini terletak di sebelah kiri Cafe berhampiran laluan utama ke Cafe.
Tempat Letak Kereta
Ada dua tempat letak kereta di Masjid Al-Ghufran:
- Satu tempat kereta sama aras dengan Dewan Solat Utama
- Satu tempat kereta di bawah aras Cafe' Al-Ghufran