Monday, July 1, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Ketiga Sabtu 22 Jun 2013 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ketiga telah berjalan lancar pada hari Sabtu 22 Jun 2013.  Program ini telah diadakan di Bilik Balqis, Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.  
Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai 23 orang telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Dato' Mohamed Idris Saman
  4. Sdra Zainal Abidin Zab
  5. Sdra Che Yusoff Che Omar dan isteri
  6. Sdra Dr Ibrahim Mohamad dan isteri
  7. Sdra Kamaruddin Salleh dan isteri
  8. Sdra Mohd Fathil Shariff, isteri dan anak lelaki
  9. Sdra Hamzah Ibrahim
  10. Sdra Dr Shamsuddin Mukhtaram
  11. Sdra Dr Rusli Mohd
  12. Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
  13. Sdra Md Yasan Rahmin 
  14. Sdra Wan Roshaimi
  15. Sdra Nasrun Mustapha
  16. Sdra Ahmad Puzi Rais dan isteri




Bacaan Al-Quran

Semua peserta lelaki dan tiga peserta wanita telah mengambil peluang untuk membaca Surah 85 Al Burooj dengan panduan tajwid oleh Naqib.  Dua peserta telah membaca Surah ini secara hafazan.  Naqib mengalu-alukan bacaan hafazan dan memperingatkan supaya sentiasa menghormati hukum-hukum tajwid walaupun membaca secara hafazan. 

Tajwid:
  • Surah ini mengandungi banyak tempat dimana hukum qalqalah perlu dihormati.  Kebanyakan peserta berjaya memenuhi keperluan ini kecuali ada sedikit kekurangan apabila berhadapan dengan huruf 'jim'.
  • Juga ditekankan ialah hukum 'ra' tebal dan 'ra' nipis.  Contohnya 'Akbar' di mana 'ra' perlu ditebalkan dan 'ba' perlu dinipiskan.  Manakala dalam 'kabir' pula 'ra' perlu dinipiskan.
  • Tempat dilarang berhenti - ada diberi tanda 'lam-alif'.  Contohnya dalam ayat At Taubah 9:3.  Larangan berhenti ditetapkan kerana sekiranya bacaan diberhentikan ditempat yang bertanda 'lam-alif' ini, maksud sebenar ayat tersebut tidak akan dicapai dan berkemungkinan juga akan mendatangkan makna yang bertentangan dengan maksud sebenar ayat.

Perbincangan dan Pengajaran:

Dua tema Surah ini adalah:
  • Memberi amaran kepada orang-orang kafir mereka akan ditimpa balasan amat buruk kerana kejahatan mereka menindas dan menzalimi orang-orang yang memeluk Islam, dan
  • Mententeram dan menghiburkan orang-orang beriman, seakan menyatakan: "Sekiranya kamu kekal teguh dan tidak berganjak menghadapi kezaliman dan paksaan, kamu akan menerima ganjaran sepenuhnya, dan bagi pihak kamu, Allah pasti akan menghukum penindas-penindas itu." 
Perbincangan juga timbul mengenai siapakah ashab al-ukhdud (para pembuat parit) ia-itu orang-orang yang membakar dan menyaksikan pembakaran orang-orang beriman di dalam parit.  Ada beberapa pendapat mengenai siapakah mereka itu seperti disenaraikan oleh Sayyid Abul Ala Maududi dalam tulisannya Tafhim al-Qur'an (The Meaning of the Qur'an).

WalLahu a'lam.

 Sumber: Tafhim al-Qur'an by Sayyid Abul Ala Maududi






Hadis 40 Imam An-Nawawi

Selepas itu perbincangan tentang Hadis ke 16 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi dijalankan.

Makna hadis:

Daripada Abu Hurairah r.a.: 
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat.  Baginda bersabda: Janganlah engkau marah.  Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali.  Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
 - Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari

Perbincangan dan Pengajaran:

Pandangan mengenai maksud sabda Nabi s.a.w. "Janganlah engkau marah":
  1. Setiap orang perlu belajar cara merubah perangai dan menyelesakan diri degan sifat-sifat murah hati, baik hati, ketenangan jiwa, kesopanan, kesabaran dan memaafkan.  Sekiranya ia dapat menghayati sifat-sifat ini, ia akan dapat mengawal dirinya apabila ia merasa hendak marah. 
  2. Seseorang sepatutnya tidak bertindak berasaskan kemarahan atau ketika sedang marah.
  3. Seorang Muslim mestilah berfikir sebelum bertindak atau bersuara atau menulis.  Apabila perasaan marah timbul, dia perlu berfikir kenapa dia hendak marah dan adakah patut/perlu ia marah.   Semasa memikirkan persoalan ini, dia mestilah ingat Allah dan hari Akhirat.  Ini akan menyebabkan sesorang itu menjadi tenang dan tidak jadi marah.
  4. Apabila perasaan marah timbul, seseorang itu perlu menanyakan dirinya: "Adakah aku marah ini kerana hak aku diambil orang? Atau adakah aku marah ini kerana hak Allah telah dilanggar?"  
  • Sekiranya kemarahan itu timbul disebabkan hak dia diambil orang, dia perlu menenangkan diri.  Dia masih boleh menegur orang yang mengambil haknya dengan tenang dan berhemah.
  • Sekiranya kemarahan itu timbul disebabkan hak Allah yang dilanggar, maka dia memang patut marah; namum kemarahan itu mestilah menurut cara hikmah dan dalam batasan yang dibenarkan.  

WalLahu a'lam.

Sumber: IIUM 


Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan ringan yang disediakan.















Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama di dewan solat utama Masjid Al Ghufran.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ketiga ini.


InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 4 akan diadakan selepas bulan Ramadhan - tarikhnya akan diberitahu apabila sudah dipastikan kelak.  

InsyaAllah tempat usrah adalah di Bilik Balqis Masjid Al-Ghufran juga.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 1 Julai 2013