Thursday, October 31, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Kelima Sabtu 26 Oktober 2013 - Laporan








Sdra Ahmad Darus


AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi kelima telah berjalan lancar pada hari Sabtu 26 Oktober 2013. Program ini telah diadakan di Rumah Sdra Ahmad Darus (STAR'71), No.14, Jalan BRP 3/3A, Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh.



Sdra Che Abd Rahim


Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib, menggantikan Naqib yang biasa Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana beliau tidak dapat bersama kali ini.

Seramai 11 orang STARobs dan 5 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Ahmad Darus dan isteri
  4. Sdra Che Yusoff Che Omar dan isteri
  5. Sdra Kamaruddin Salleh dan isteri
  6. Sdra Hamid Shafie dan isteri
  7. Sdra Amran Hassan
  8. Sdra Dr Shamsuddin Mukhtaram
  9. Sdra Mohd Fathil Shariff
  10. Sdra AbdulRazak MohdNoor
  11. Sdra Dr Rusli Mohd


Bacaan Al-Quran

Gambar oleh Mran Hassan
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 1-21) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Gambar oleh Ahmad Darus

Gambar oleh Ahmad Darus

Gambar oleh Ahmad Darus


Hadis 40 Imam An-Nawawi

Perbincangan tentang Hadis ke 18 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi ditangguhkan ke sesi yang akan datang.

Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera juadah yang disediakan oleh tuan rumah kali ini, Sdra Ahmad Darus dan isteri.


JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim kerana telah menjadi Naqib Usrah.

 JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Ahmad Darus dan isteri kerana telah menjadi tuan rumah sesi ini.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.


Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 6 akan diberitahu dalam masa terdekat.


Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 31 Oktober 2013 berasaskan maklumat yang disediakan oleh Sdra Ahmad Darus dan Sdra Azlan Abdullah.

Wednesday, October 9, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Keempat Sabtu 21 September 2013 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi keempat telah berjalan lancar pada hari Sabtu 21 September 2013. Program ini telah diadakan di Bilik Balqis, Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.


Seramai 20 orang telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Dato' Mohamed Idris Saman
  4. Sdra Che Yusoff Che Omar dan isteri
  5. Sdra Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
  6. Sdra Ahmad Darus dan isteri
  7. Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri
  8. Sdra Kamaruddin Salleh dan isteri
  9. Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
  10. Sdra Md Yasan Rahmin
  11. Sdra Yuzer Yusoff
  12. Sdra Engku Aziz S Mohd
  13. Sdra Shariff Ali
  14. Sdra Ahmad Puzi Rais


Bacaan Al-Quran

Semua peserta lelaki (kecuali dua peserta yang memberikan laluan) dan dua peserta wanita telah mengambil peluang untuk membaca Surah 84 Al Insyiqaq dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Tajwid:

Surah ini mengandungi satu tempat yang disunatkan sujud sajadah (juga dinamakan sujud tilawah).

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), boleh dilakukan sujud ini secara isyarat. Boleh juga ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Sekiranya surah yang mengandungi itu dibaca berulang kali, seperti apabila setiap peserta kelas tajwid membaca surah yang sama sambil diperhatikan oleh guru tajwid, sujud tilawah boleh dilakukan apabila peserta terakhir membaca ayat sajadah. Sekiranya kelas itu diadakan dalam bilik darjah (berkerusi dan bermeja) bolehlah dilakukan sujud itu secara isyarat sahaja dan tidak perlu mengadap qiblat.

Untuk penerangan lanjut mengenai sujud sajadah sila layari:


Perbincangan dan Pengajaran:

Surah ini membicarakan keadaan hari kiamat, kebangkitan dan pembalasan. Pada hari kiamat langit akan terbelah dan bumi akan menjadi terhampar rata dan isi bumi (mayat-mayat dan bukti perbuatan mereka) akan tercampak keluar. Semuanya akan mematuhi perintah Allah, tiada sesuatu pun berupaya melanggar perintahNya.

Sama ada manusia sedar atau pun tidak, dia sebenarnya sedang bergerak ke destinasi di mana dia akan hadir dan berdiri di hadapan Allah. Pada ketika itu manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan:

  • Kumpulan pertama akan menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan: mereka ini akan dimaafkan dan diberikan pertimbangan ringan.
  • Kumpulan kedua akan menerima buku amalan mereka dari belakang atau dengan tangan kiri. Mereka ini berharap agar mereka dimatikan, tetapi mereka tidak mati sebaliknya mereka akan dicampak ke dalam neraka. Mereka menerima nasib ini kerana semasa di dunia mereka tidak percaya bahawa mereka akan dihadirkan di hadapan Allah untuk dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka di dunia.


Sebagai rumusannya, orang yang menolak Qur'an dan tidak mahu tunduk kepada Allah apabila mendengarnya, telah diberikan amaran akan seksaan dahsyat yang menanti mereka. Sebaliknya orang yang beriman dan beramal soleh menerima berita gembira dan diberikan ganjaran yang tidak terhingga.

WalLahu a'lam.

Sumber: Tafhim al-Qur'an oleh Sayyid Abul Ala Maududi.  






Hadis 40 Imam An-Nawawi

Selepas itu perbincangan tentang Hadis ke 17 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi dijalankan.


Makna hadis:

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
                      - Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Perbincangan dan Pengajaran:

Hadis ini mengandungi satu prinsip dan memberikan contoh untuk menggunakan prinsip yang dinyatakan. Ini adalah cara Nabi membolehkan dan memudahkan umatnya menggunakan prinsip itu dalam keadaan yang hampir serupa.


lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.


Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.


Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi binatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, ia-itu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.



Antara ciri-ciri ehsan adalah:

  • ikhlas
  • memberi manfaat kepada yang lain
  • teliti & sungguh-sungguh
  • yang paling sempurna
  • perelokkan cara - paling mudah, paling cepat
  • tidak menyiksa
  • menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat
  • berkeahlian, kepakaran, berilmu

WalLahu a'lam.

Sumber:




Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan ringan yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama di dewan solat utama Masjid Al Ghufran.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.



Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 5 akan diadakan seperti berikut:

Hari:         Sabtu 26 Oktober 2013
Tempat:   Rumah Sdra Ahmad Darus, 
                 No.14, Jalan BRP 3/3A, Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh.
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 36 Yasin (Ayat 1-20)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 18


Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 8 Oktober 2013