Dr Hamdan Noor |
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad pada peringkat permulaan, kemudiannya diambil-aleh oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.
Che Abd Rahim Che Ahmad |
Dr Muhamad Fuad Abdullah |
Seramai 17 orang STARobs dan 9 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
- Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib 2
- Dr Hamdan Noor dan isteri, sebagai tuan rumah
- Azlan Abdullah dan isteri
- Dato' Mohamed Idris Saman
- Che Yusoff Che Omar (Yusoff Bulanbiru) dan isteri
- Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
- Ahmad Darus dan isteri
- Kamaruddin Salleh dan isteri
- Dato' Hamzah Ibrahim
- Dr Shamsuddin Mukhtaram
- Hamid Shafie dan isteri
- Khalid Hamid (Kah Lenggong)
- Bani Hasan Basir dan isteri
- Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae)
- Wan Mohd Nor Wan Ismail
- Ahmad Puzi Rais dan isteri
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 41-59) dengan panduan tajwid oleh Naqib.
Hukum tajwid yang dibincangkan kali ini adalah hukum saktah yang terdapat dalam ayat ke 52.
Saktah dari segi bahasa bermaksud DIAM. Dari segi istilah ilmu tajwid saktah bermaksud memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas sekadar tidak lebih dari dua harakat kemudian meneruskan bacaan tersebut dengan nafas yang sama.
Bacaan saktah hanya berlaku pada keadaan mewasalkan (meneruskan) bacaan sahaja. Maka tiada apa yang perlu disaktahkan bagi seorang yang memilih untuk waqaf (berhenti).
Ada empat tempat yang MESTI dibaca dengan saktah jika diwasalkan bacaan padanya. Tempat-tempat saktah ditandakan dengan huruf sin kecil di dalam al Quran Rasm Uthmani.
1- Surah al Kahf (ayat 1-2). Cara : saktah dilakukan dengan alif tanpa tanwin dan ikhfa'.
2- Surah Yasin (ayat 52). Cara : saktah dilakukan dengan alif.
3- Surah al Qiyamah (ayat 27). Cara : saktah dilakukan dengan izhar tanpa idgham.
4- Surah al Mutoffifin (ayat 14). Cara : saktah dilakukan dengan sukun tanpa idgham.
Dan ada dua tempat yang HARUS saktah padanya.
1- Surah al Haqqah (ayat 28-29). Cara : saktah pada ha' sukun.
2- Surah at Taubah (ayat 1). Cara : saktah pada mim 'aridh lis sukun pada ayat 75 di akhir surah al Anfal jika diwasalkan bacaan dengan ayat 1 surah at Taubah.
Sumber: Fiqsan Blogspot
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Perbincangan Hadis ke 18 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi juga dijalankan.
Maksud hadis:
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih.
Perbincangan Hadis:
1) Bertaqwa kepada Allah adalah perintah Allah yang Agong:
- Diperintahkan kepada orang-orang terdahulu dan yang kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102), (an-Nisa: 1), (al-Ahzab:70).
- Juga termasuk dalam taqwa ialah melakukan perkara wajib dan meninggalkan yang haram.
- Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
- Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
- Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
- Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
- Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat.
- Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
- Ketika sunyi dan juga terang-terangan: sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah.
- Jika tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108). Muraqabah bererti mengingati Allah S.W.T. dengan cara memikir,merenong di samping menilik dan meneliti kebesaran,keagongan serta kekuasaan Allah S.W.T. (Sumber: Halaqah )
- Setengah ulama' pendapat “hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17). Jumhur ulama' berpendapat taubat yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” (al-Furqan:69). Hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.
- Tanda sempurna iman seseorang ialah tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah. Cara memperelokkan akhlak ialah dengan mengambil qudwah (contoh teladan) dari nabi saw dengan mempelajari sirahnya: cara adab nabi dengan Allah, adab nabi dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).
Pengajaran hadis:
- Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia.
- Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut.
- Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan.
Sumber: Salam Garden
Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad dan Sdra Che Abd Rahim kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri, Puan Noorul Ain, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 8 akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu 1 Mac 2014
Tempat: Rumah Sdra Khalid Hamid (Facebook: Kah Lenggong) (STAR'66)
31 Jalan Meringin, Bukit Meringin, Sg Ramal Luar, Kajang.
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 36 Yasin (Ayat 60-83)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 19
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 19 Februari 2014