Thursday, May 8, 2014

Program Usrah STAROBA Sesi Kesembilan Sabtu 5 April 2014 - Laporan


AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi kesembilan telah berjalan lancar pada hari Sabtu 5 April 2014.  Program ini telah diadakan di Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.










Seramai 13 orang STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:







  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Azlan Abdullah dan isteri
  3. Dr Hamdan Noor dan isteri
  4. Dr Ibrahim Mohamed dan isteri 
  5. Ahmad Darus dan isteri
  6. Bani Hasan Basir dan isteri
  7. Kamaruddin Salleh
  8. Dr Shamsuddin Mukhtaram
  9. Hamid Shafie
  10. Dr Rusli Mohd
  11. Che Abd Rahim Che Ahmad
  12. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor
  13. Ahmad Puzi Rais dan isteri


Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 71-83) dengan panduan tajwid oleh Naqib.
  





Hadis 40 Imam An-Nawawi

Perbincangan Hadis ke 20 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi juga dijalankan.

Maksud hadis:

Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:  Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. - Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Pengajaran hadis:

  1. Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
  2. Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
  3. Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
  4. Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui. 


Sumber: Salamgarden



Penutup



Selepas tamat perbincangan, semua peserta telah menikmati jamuan yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan solat Zuhr di dewan solat utama Masjid Al-Ghufran.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

AlhamdulilLah, Program Usrah sesi ini telah ditaja sepenuhnya oleh Y Bhg Dato' Najib Abdullah (STAR'71).

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Y Bhg Dato' yang budiman.  Hanya Allah jua yang Maha Tahu dapat membalas budi dan amal jariah kebaikan anda.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.


Kurniakanlah penaja kami ini dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.


Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.


Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.


Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."


Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 10 akan diadakan seperti berikut:

Hari:      Sabtu 17 Mei 2014
Tempat: Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran
             6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail,
             60000 Kuala Lumpur.

Pengisian: 

•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 18 Al-Kahfi (Ayat 1-22)
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 21

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 8 Mei 2014