Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.
Seramai 15 orang STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib beserta dua anak
- Dr Hamdan Noor dan isteri, sebagai tuan rumah
- Dato' Hamzah Ibrahim
- Azlan Abdullah dan isteri
- Che Yusoff Che Omar dan isteri
- Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
- Kamaruddin Salleh dan isteri
- Dr Rusli Mohd
- Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor
- Dr Shamsuddin Mukhtaram
- Che Abd Rahim Che Ahmad
- Md Yasan Rahmin
- Yahaya Daud
- Jaafar Daud
- Ahmad Puzi Rais dan isteri
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 18 Al-Kahfi (Ayat 21-26) dengan panduan tajwid oleh Naqib.
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Perbincangan Hadis ke 21 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi juga dijalankan.
Maksud hadis:
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pengajaran hadis:
- Hadis menuntut agar seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang didakwa itu.
- lstiqamah bererti melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
- lstiqamah dalam menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya mengaku beriman namun gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
- lman dan lslam mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar difahami. Seseorang hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa berfalsafah. Amal dan lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di hujung lidah semata-mata.
Sumber: Salamgarden
Penutup
Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri, Puan Noorul Ain, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 13 akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu 22 Nov 2014
Tempat:
Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran
6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 18 Al-Kahfi (mulai Ayat 27)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 22
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 7 Nov 2014