Tuesday, January 27, 2015

Program Usrah STAROBA Sesi Keempat-belas Sabtu 17 Jan 2015 - Laporan

Tan Sri Abdul Samad
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi keempat-belas telah berjalan lancar pada hari Sabtu 17 Jan 2015.  Program ini telah diadakan di Rumah Tan Sri Abdul Samad Alias, Lot 5341, Kg Bukit Raya, Batu 10, Jalan Hulu Langat, 43100 Hulu Langat, Selangor.

Dr Muhamad Fuad
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai 15 orang STARobs dan 9 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias dan Puan Sri, sebagai tuan rumah
  3. YA Yussof Ahmad dan isteri
  4. Azlan Abdullah dan isteri
  5. Dr Hamdan Noor dan isteri
  6. Kamaruddin Salleh dan isteri
  7. Hamid Shafie dan isteri
  8. Yuzer Yusoff dan isteri
  9. Mohd Fathil Shariff dan isteri
  10. Dato' Hamzah Ibrahim
  11. Dr Shamsuddin Mukhtaram
  12. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor 
  13. Yahaya Daud
  14. Khalid Hamid 
  15. Ahmad Puzi Rais dan isteri

Photo by Azlan
Al-Fatihah

Dipermulaan sesi semua peserta telah menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah kakak Sdra Azlan Abdullah yang meninggal dunia pada 15 Jan 2015, Allahyarham Ahmad Misron Yussof (STAR'61) yang meninggal dunia pada 14 Jan 2015, Allahyarham Mar Azhan Marzuki (STAR'90) yang meninggal dunia pada 15 Jan 2015, dan lain-lain ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang telah meninggal dunia. Semoga Allah mencucuri RahmahNya ke atas roh mereka.

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 18 Al-Kahfi (Ayat 35-45) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Selepas itu Sdra Naqib telah memberikan sedikit tafsiran ayat-ayat yang dibaca.

Penekanan diberi kepada Ayat 39 maksudnya "Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkatalah: 'Maa Syaa Allah, Laa Quwwata illaa bilLah' (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah! Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah). Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." 
Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis 22 dibincangkan.

Maksud hadis:

Daripada Abu Abdullah Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., عنهمااﷲرضي (beliau meriwayatkan): Bahawa seorang lelaki telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika aku mendirikan sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan perkara yang halal dan aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa lagi lebih daripada itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!

Hadis riwayat al-lmam Muslim

Pengajaran hadis:

  1. Hadis menerangkan betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala tanggungjawab agama yang fardhu dengan sempurna,  menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalan-amalan sunat yang lain. lni adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya. 
  2. Hanya melaksanakan amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan sempurna tanpa cacat, tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya. 
  3. Menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan lidah tetapi hendaklah secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan menjauhkan segala perkara yang haram. 

Sumber:  salamgarden

Penutup

Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.

Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Tan Sri tuan rumah sendiri.


JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Tan Sri Abdul Samad Alias dan isteri, Puan Sri Jauriah, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
 "Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 15 akan diadakan seperti berikut:

Hari:      Sabtu 14 Feb 2015
Tempat: Rumah YA Yussof Ahmad:
              No 3, Jalan BRP 3/3D, Sunway Rahman Putra
              Sungai Buloh
             GPS Coordinates:  3.224142,101.554264

Pengisian: 

•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 18 Al-Kahfi (mulai Ayat 46)
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 23

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 27 Jan 2015 

Thursday, January 8, 2015

Program Usrah STAROBA 2015

Program Usrah STAROBA 2015

Sesi keHari dan TarikhSurah dan HadisTuan RumahTempat
14Sabtu 17 Jan 201518 Al-Kahfi (Ayat 35-45)
Hadis 22
Tan Sri Samad AliasLot 5341, Kg Bukit Raya, 
Batu 10, Jalan Hulu Langat, 
43100 Hulu Langat, Selangor.
GPS Coordinates : 3.075483, 101.782995
Klik Panduan Pandu Tuju
15Sabtu 14 Feb 201518 Al-Kahfi (Ayat 46-53)
Hadis 23
YA Yussof AhmadNo 3, Jalan BRP 3/3D, Sunway Rahman Putra, 
Sungai Buloh, Selangor
GPS Coordinates:  3.224142,101.554264
Klik Panduan Pandu Tuju
16Sabtu 21 Mac 2015 18 Al-Kahfi (Ayat 54-61)
Hadis 24
Dato' Mohamed Idris Saman Surau Nahdhatul Islamiah (Sek3)
Jalan Cendana 3/13B
40000 Shah Alam
Selangor DE
GPS Coordinates:  3.07681,101.50907
Klik Panduan Pandu Tuju
17Sabtu 25 Apr 201518 Al-Kahfi (Ayat 62-74)
Hadis 24
Dr Rusli MohdBilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 
6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumpur 
GPS coordinates: 3.157929,101.617366
Klik Panduan Pandu Tuju

18Sabtu 23 Mei 201518 Al-Kahfi (Ayat 75-83)
Hadis 25
Dato' Hamzah IbrahimBilik Mesyuarat, Villa Aromatika, Jalan Bukit Watson,
Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
52109 Kepong, Selangor DE.
GPS coordinates: 3.229621,101.629951
Klik Panduan Pandu Tuju

19Sabtu 15 Ogos 201518 Al-Kahfi (Ayat 83-97)
Hadis 26
Tan Sri Abdul Samad AliasLot 5341, Kg Bukit Raya, 
Batu 10, Jalan Hulu Langat, 
43100 Hulu Langat, Selangor.
GPS Coordinates : 3.075483, 101.782995
Klik Panduan Pandu Tuju

20Sabtu 12 Sep 201518 Al-Kahfi (Ayat 98-110)
Hadis 27
Sdra Ahmad Darus (STAR '71)No.14, Jalan BRP 3/3A, Sunway Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor
GPS Coordinates: 3.2252251, 101.5558982
Klik Panduan Pandu Tuju

21Sabtu 17 Okt 201567 Al-Mulk (Ayat 1-15)
Hadis 28
Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor (STAR '71)21, Jalan Akuatik 13/77G, D'Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor 
GPS Coordinates:  3.0772225, 101.5471664
Klik Panduan Pandu Tuju

22Sabtu 14 Nov 201567 Al-Mulk (Ayat 16-30)
Hadis 29
Sdra Zainal Abidin Dzulkarnain (STAR '69)5, Jalan Petalawati 6/2B, Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor 
GPS Coordinates:  3.084649, 101.506498
Klik Panduan Pandu Tuju

23Sabtu 12 Dis 201532 As-Sajda (Ayat 1-15)Sdra Mohd Fathil Shariff (STAR '72)136 Jalan Laman Cempaka C/6, Laman Cempaka, Kota Seriemas, 71800 Nilai, NS
GPS Coordinates: 2.7879660, 101.7790380



Aturcara usrah:

10.00 pagi     - Sedia berkumpul di tempat yang ditetapkan
10.15 pagi     - Pembukaan usrah oleh Ustaz
10.25 pagi     - Sesi pembaikan bacaan Al Qur'an
11.25 pagi     - Sesi membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi
12.20 petang - Penggulungan usrah oleh Ustaz
12.28 petang - Penetapan usrah akan datang
12.30 petang - Jamuan ringan