Monday, February 23, 2015

Program Usrah STAROBA Sesi Kelimabelas Sabtu 14 Feb 2015 - Laporan

YA Yussof Ahmad
Dr Muhamad Fuad
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi kelimabelas telah berjalan lancar pada hari Sabtu 14 Feb 2015.  Program ini telah diadakan di Rumah YA Yussof Ahmad, No 3, Jalan BRP 3/3D, Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.  
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.
Seramai 27 orang STARobs dan 15 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. YA Yussof Ahmad dan isteri, sebagai tuan rumah
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias dan isteri
  4. Dato' Mohamed Idris Saman dan isteri
  5. Dato' Tajri dan isteri
  6. Dato' Hod Parman dan isteri
  7. Azlan Abdullah dan isteri
  8. Dr Abdul Rahman Mat dan isteri
  9. Dr Hamdan Noor dan isteri
  10. Abu Samah Mohd Amin dan isteri
  11. Mohamad Awang dan isteri
  12. Md Zin Sham dan isteri
  13. Kamaruddin Salleh dan isteri
  14. Che Yusoff Che Omar dan isteri
  15. Ahmad Darus dan isteri
  16. Dato' Hamzah Ibrahim
  17. Dr Shamsuddin Mukhtaram
  18. Dr Rusli Mohd
  19. Yahaya Daud
  20. Zainal Abidin Zab
  21. Eli bin Lana
  22. Muhammad Abdul Wahab
  23. Jamian Basar
  24. Ismail Mokhtar
  25. Zainal Abidin Baharom
  26. Rosman Bandu
  27. Ahmad Puzi Rais dan isteri
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 18 Al-Kahfi (Ayat 46-53) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Selepas itu Sdra Naqib telah memberikan sedikit tafsiran ayat-ayat yang dibaca.  Penekanan diberikan kepada ayat 18:50,
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآَدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ كَانَ مِنَ الْجِنِّ فَفَسَقَ عَنْ أَمْرِ رَبِّهِ أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا

Maksud ayat:
Remember! When We said to the angels, "Bow down before Adam". They bowed down but Iblis did not. He was one of the jinns, so he chose the way of disobedience to his Lord's Command. What, would you then discard Me and make him and his offspring your patrons, though they are your enemies? What a bad substitute it is that these workers of iniquity are taking!

Commentaries:
The reference to the story of Adam and Iblis has been made here to warn the erring people of their folly. It is an obvious folly that people should discard their Prophets, who were their well-wishers, and get entangled in the snare set by their eternal enemy, Iblis, who has been jealous of man ever since he refused to bow down before Adam and became accursed. 
It was possible for Iblis to disobey Allah because he was not one of the angels but one of the jinns. It must be noted that the Qur'an is very explicit that the angels are inherently obedient: 
  • "They do not show arrogance; they fear their Lord Who is above them, and do whatever they are bidden." (An-Nahl 16: 50) 
  • "..... They do not disobey the Command that is given to them by their Lord and do whatever they are bidden to do." (At-Tahrim 66: 6) 
In contrast to the angels, the jinns have been, like human beings, given the option to obey or not to obey. Therefore they have been given the power to believe or disbelieve, to obey or not to obey. This thing has been made explicit here by saying that Iblis was one of the jinns, so he deliberately chose the way of disobedience. 
Incidentally, this verse removes all those misunderstandings that are generally found among the common people that Iblis was one of the angels and not an ordinary angel but the instructor of the angels. As regards the difficulty that arises because of this statement of the Qur'an, "When We said to the angels, `Bow down before Adam. They bowed down but Iblis did not'," it should be noted that the Command to the angels was meant for all those on the Earth who were under the administration of the angels so that they should also be made submissive to man. Accordingly all these creatures bowed along with the angels but Iblis refused to bow down along with them. 
Sumber: Maududi's Tafheem
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis 23 dibincangkan.

Maksud hadis:
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. 
Hadis riwayat al-lmam Muslim

Pengajaran hadis:
lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada lman. 
  1. Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya. 
  2. Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan. 
Sumber: Salam Garden

Tahlil Ringkas dan Doa Selamat
Selepas tamat perbincangan dan atas permintaan tuan rumah Sdra Muhammad Abdul Wahab telah memimpin perserta-peserta membaca tahlil ringkas dan doa selamat sempena tuan rumah masuk ke rumah baharu dan mendoakan agar Allah melimpahi kurniaNya kepada para sahabat, ahli keluarga dan muslimin-muslimat yang telah kembali ke RahmatulLah. Ameeen.

Penutup
Selepas itu semua peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.

Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Sdra Yahaya Daud.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada YA Yussof Ahmad dan isteri, Puan Hapsah, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 16 akan diadakan seperti berikut:
Hari:            Sabtu 21 Mac 2015
Penganjur: Dato' Mohamed Idris Saman 
Tempat:      Surau Nahdhatul Islamiah (Sek3)
                   Jalan Cendana 3/13B
                   40000 Shah Alam
                   Selangor DE
                  GPS Coordinates:  3.07681,101.50907
Pengisian:   
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 18 Al-Kahfi (mulai Ayat 54) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 24

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 23 Feb 2015