Wednesday, September 16, 2015

Program Usrah STAROBA Sesi Kedua-puloh Sabtu 12 September 2015 - Laporan


Sdra Ahmad Darus
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi kedua-puloh telah berjalan lancar pada hari Sabtu 12 September 2015.  Program ini telah diadakan di Rumah Sdra Ahmad Darus (STAR '71) di Sunway Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor.  


Sdra Che Rahim
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib.

Seramai  orang 14 STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

 1. Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib
 2. Ahmad Darus dan isteri, sebagai tuan rumah
 3. Tan Sri Abdul Samad Alias dan isteri
 4. Brig Den (B) Dato' Mohamed Idris Saman 
 5. Azlan Abdullah dan isteri
 6. Dato' Hamzah Ibrahim dan isteri
 7. YA Yussof Ahmad dan isteri
 8. Kamaruddin Salleh dan isteri
 9. Jamian Basar
10. Dr Shamsuddin Mukhtaram
11. Che Yusoff Che Omar 
12. Hamid Shafie 
13. Zainal Abidin Zab
14. Ahmad Puzi Rais

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 18 Al-Kahfi (Ayat 98-110) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

99 Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

100 Dan Kami perlihatkan Neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

101 (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

102 Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan Neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

103 Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104 (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

105 Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106 (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108 Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109 Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.  
    
110 Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Sumber:  Search Truth 




Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 27  dibacakan.

Maksud hadis:

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
"Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda:
"Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan?" Aku berkata: "Ya." Baginda bersabda: 
"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."

Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik. 

Pengajaran hadis:

Kebajikan atau kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik, sedangkan kejahatan atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa takut kalau-kalau diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga baik buruk sesuatu perkara. Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian berdasarkan iman dan firasatnya. 

Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi hukum syara' atau fatwa yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk dirinya sendiri. 

Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa hati ialah kebajikan yang masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti dianggap kebaikan biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas yang jelas, ia tidak boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati. Perasaan hati hanya boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak bercanggah dengan hukum hakam agama. 

Sumber: Salam Garden  

Penutup

Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.

Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Sdra Naqib.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.



Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Ahmad Darus dan isteri, Puan Roslina, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 21 akan diadakan seperti berikut:

Hari:      Sabtu  17 Oktober 2015
Tempat: Rumah Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor (STAR '71)
              21, Jalan Akuatik 13/77G, D'Kayangan, 40100 Shah Alam, Selangor 
GPS Coordinates:  3.0772225, 101.5471664

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 67 Al-Mulk (mulai Ayat 1) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 28

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 16 Sep 2015