Tuan Hj Tajudin Ibrahim |
Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah |
Seramai orang 18 STARobs dan 9 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib and son, Aiman
- Tajudin Ibrahim ('68) dan isteri, sebagai tuan rumah
- Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
- Dato' Mohamed Idris Saman ('61)
- Masror Dolah ('68)
- Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
- Azlan Abdullah ('71) dan isteri
- Ahmad Darus ('71) dan isteri
- Kamaruddin Salleh ('71) dan isteri
- Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
- Mustafa Yusof ('71) dan isteri
- Dato' Hamzah Ibrahim ('71)
- Dr Rusli Mohd ('71)
- Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
- Yahaya Daud ('71)
- Engku Aziz S Mohd ('71)
- Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri
- Mohd Shaber Razali ('75)
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 55 Ar-Rahman (Ayat 43-78) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
43 (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.
44 Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
45 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
46 Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
47 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
48 (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
49 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
50 Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir; -
51 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
52 Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
53 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
54 Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
55 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
56 Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
57 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
58 Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
59 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
60 Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?
61 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
62 Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
63 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
64 Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
65 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
66 Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya:
67 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
68 Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
69 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
70 Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
71 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
72 Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
73 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
74 (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
75 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
76 Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
77 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
78 Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.
Sumber: Search Truth
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis no. 32 dibacakan.
Maksud hadis:
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga diriwayatkan oleh al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
Daripada Abu Sa'id ibn Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Tidak ada mudharat dan tidak boleh melakukan kemudharatan."
Pengajaran hadis:
- Hadis ini menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari mudharat dan menyebabkan kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi kesejahteraan umat manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.
- Seseorang mukmin dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau menimpa orang lain. Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang angkara yang membawa mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera atau lambat, sedikit atau banyak semuanya dilarang.
Sumber: Salam Garden
Penutup
Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Tuan Hj Tajudin Ibrahim (STAR '68) dan isteri, Hajah Faridah Othman serta anak-anak kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak. Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya. Jadikanlah sumbangannya ini pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga. Murahkan dan berkati rezekinya. Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya. Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-27 akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu 16 Apr 2016
Tempat: Rumah Sdra Jamian Basar ('77)
Jalan Sempadan, Batu 22 1/2 Kanchong Darat, Banting, Selangor.
GPS Coordinates: 2.800336, 101.4883944
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 56 Al-Waqi'ah (mulai Ayat 1)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 33
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 24 Mac 2016