Thursday, December 29, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-32 Sabtu 17 Disember 2016 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-32 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 17 Disember 2016.  Program ini telah dianjurkan oleh STARians USJ-Subang Jaya dan diadakan di Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
Dr Muhamad Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 18 STARobs dan 8 Isteri serta seorang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Khalid Ahmad ('63) dan isteri
  3. Shamsuddin Ahmad ('68)
  4. Hj Tajudin Ibrahim ('68) dan anak
  5. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  6. Mohamad Noh Hassan ('70)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  10. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  11. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71)
  12. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  13. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  14. Kamaruddin Salleh ('71)
  15. Jasni Ladin ('71)
  16. Abas Ramli ('71)
  17. Muhamad Darif Idris ('72)
  18. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
Pembukaan dan Ta'aruf

Sdra Abas Ramli ('71) memulakan majlis dengan memberikan pengenalan tentang Masjid Al-Mukminun. Seterusnya beliau menjemput Sdra Shamsuddin Ahmad ('68) untuk memperkenalkan diri.

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 11-22) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

11 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

12 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

13 Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.

14 Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik) dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

15 Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

16 Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.

17 harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli Neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.

18 (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.

19 Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

20 Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.

21 Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.

22 Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Sumber:  Search Truth 






Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 37 tidak dibacakan kerana kesuntukan masa.

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Masjid Al Mukminun USJ 2.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.






Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada STARians USJ-Subang Jaya kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan2 rumah sesi ini dan keluarga2 mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka.  Jadikanlah sumbangan mereka ini  pembersih/penyuci/penggubat buat mereka dan keluarga2 mereka.  Murahkan dan berkati rezeki mereka.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga2 mereka.  Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan keluarga2 mereka.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-33 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 21 Jan 2017
Tuan Rumah: Tan Sri Abdul Samad Alias (STAR '61)
Tempat: 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
GPS Coordinates:  2.879813, 101.724862

Pengisian:

•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 59 Al-Hashr (mulai Ayat 1)
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 37

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 29 Dis 2016

Wednesday, December 21, 2016

Program Usrah STAROBA 2017

Program Usrah STAROBA 2017

Sesi keHari dan TarikhSurah dan HadisTuan RumahTempat
33 Sabtu 21 Jan 2017 59 Al-Hashr (Ayat 1-9)
Hadis 37
Tan Sri Abdul Samad Alias (STAR '61) dan YA Yussof Ahmad (STAR '61)  15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
34 Sabtu 25 Feb 2017 59 Al-Hashr (Ayat 10-20) Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) STAROBA Corner/Surau Al-Amin, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur
35 Sabtu 15 Apr 2017 59 Al-Hashr (Ayat 18-24)
Hadis 38
STARians USJ-Subang Jaya  Bilik Mesyuarat, Masjid Darul Ehsan, Jalan SS15/2E, 47500 Subang Jaya, Selangor.
36 Sabtu 20 Mei 2017 49 Al-Hujuraat (Ayat 1-18) Tan Sri Abdul Samad Alias (STAR '61) dan YA Yussof Ahmad (STAR '61) 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
37 Sabtu 19 Ogos 2017 49 Al-Hujuraat (Ayat 1-18)
Hadis 39
Sdra Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah (STAR '71) Surau Al Amin, Jalan Sari Ilmia 2, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor. 
38 Sabtu 23 Sep 2017 23 Al-Mu'minuun (Ayat 1-27)
Hadis 40
Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor (STAR '71) dan Ir Shokri Dahan ('72)  Surau Nuruddin D'Kayangan, Persiaran Selatan D'Kayangan, Seksyen 13 40200 Shah Alam, Selangor
39 Sabtu 4 Nov 2017 23 Al-Mu'minuun Ayat 28-42)
Hadis 41
Sdra Ahmad Puzi Rais (STAR '71) No. 18, Lorong Rahim Kajai 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, W.P.
40Sabtu 16 Dis 2017 23 Al-Mu'minuun (mulai Ayat 43)
Sesi pencerahan pengurusan harta pusaka

STARians USJ-Subang JayaDewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
Pandu Tuju
. . . . .


Aturcara usrah:

10.00 pagi     - Sedia berkumpul di tempat yang ditetapkan
10.15 pagi     - Pembukaan usrah oleh Ustaz
10.25 pagi     - Sesi pembaikan bacaan Al Qur'an
11.25 pagi     - Sesi membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi
12.20 petang - Penggulungan usrah oleh Ustaz
12.28 petang - Penetapan usrah akan datang
12.30 petang - Jamuan ringan