Monday, March 6, 2017

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-34 Sabtu 25 Februari 2017 - Laporan

Sdra Mohd Fauzi Mansur
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-34 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 25 Februari 2017.  Program ini telah dianjurkan oleh Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) dan diadakan di Surau Al-Amin, bersebelahan dengan STAROBA Corner, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur. 


Che Abd Rahim Che Ahmad

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib.


Seramai  orang 12 STARobs dan 7 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61)
  3. YA Yussof Ahmad ('61) dan isteri
  4. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  5. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  6. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  7. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  8. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71) dan isteri
  9. Kamaruddin Salleh ('71)
  10. Che Yusoff Che Omar ('71)
  11. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  12. Aminuddin Toha ('77)





Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 59 Al-Hashr (Ayat 10-20) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

10 Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.

11 Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? Mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu! Padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

12 Demi sesungguhnya! Jika orang-orang (Yahudi) itu dihalau keluar (dari Madinah), mereka (yang munafik) ini tidak akan keluar bersama-samanya dan demi sesungguhnya, jika orang-orang (Yahudi) itu diperangi, mereka (yang munafik) ini tidak akan membelanya dan demi sesungguhnya, jika ditakdirkan mereka membelanya sekalipun, sudah tentu mereka (semuanya, Yahudi dan munafik) akan melarikan diri; kemudian mereka tidak akan mendapat pertolongan;

13 (Kerana) sesungguhnya kamu dalam hati mereka, sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak memgerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).

14 (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): Permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

15 (Keadaan kaum Yahudi itu) samalah seperti orang-orang (dari suku Yahudi) yang terdahulu sedikit dari mereka, yang telah merasai akibat yang buruk (di dunia) dengan sebab bawaan kufur mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya (pada hari akhirat kelak).

16 (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!

17 Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam Neraka, kekal mereka di dalamnya dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

18 Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

19 Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).

20 Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).

Sumber:  Search Truth 











Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis tidak dibacakan.

Penutup

Selepas tamat perbincangan peserta-peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah di STAROBA Corner, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.


Hidangan istimewa se ekor kambing


Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Mohd Fauzi Mansur ('72) kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-35 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Akan diberitahu
Tuan Rumah: Penganjuran dialu-alukan

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 59 Al-Hashr (mulai Ayat 21) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 38

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 27 Feb 2017