Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad |
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib.
Seramai orang 20 STARobs dan 10 Isteri serta anak dan cucu telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib
- Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
- Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('61)
- YA Yussof Ahmad ('61) dan isteri
- Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63)
- Ir Hj Khalid Ahmad ('63) dan isteri
- Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
- Mohd Nooh Hassan ('70)
- Azlan Abdullah ('71) dan isteri
- Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
- Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71) dan isteri
- Kamaruddin Salleh ('71) dan isteri
- Dr Hamdan Noor ('71)
- Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71)
- Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
- Muhamad Darif Idris ('72)
- Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri
- Syed Alwi ('72)
- Jamian Basar ('77)
- Mazlan b Abdullah ('78)
Serta
- Nor Zaidi Azlan dan anak
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 59 Al-Hashr (Ayat 18-24) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
18 Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
19 Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik (derhaka).
20 Tidaklah sama ahli Neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).
21 Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
22 Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
23 Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
24 Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
Sumber: Search Truth
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis no. 38 dibacakan.
Maksud hadis:
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:
Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku akan isytiharkan perang terhadapnya.
Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya.
Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya yang dengannya dia berjalan.
Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya."
Pengajaran hadis:
- Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan fardhu yang Dia fardhukan ke atas hambahambaNya.
- Seorang mukmin seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah membereskan amalan fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan fardhu, maka dia telah menyalahi tuntutan syara'.
- Seseorang hamba boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga Allah benar-benar mengasihinya.
- Seorang wali Allah atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan Allah SWT. Oleh kerana itu, wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang memusuhinya, maka Allah akan mengisytiharkan perang terhadapnya.
Sumber: Salam Garden
Penutup
Selepas tamat perbincangan peserta-peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada STARians USJ-Subang Jaya kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan-tuan rumah sesi ini dan keluarga mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak. Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka. Jadikanlah sumbangannya ini pembersih/penyuci/penggubat buat mereka dan ahli2 keluarga mereka. Murahkan dan berkati rezeki mereka. Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga mereka. Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan ahli2 keluarga mereka.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-36 akan diadakan seperti berikut:
Waktu: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari: Sabtu 20 Mei 2017
Tuan Rumah: Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan YA Yussof Ahmad ('61)
Tempat: 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor.
GPS Coordinates: 2.879813, 101.724862
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 49 Al-Hujuraat (mulai Ayat 1)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 39
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 20 April 2017