Monday, July 3, 2017

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-36 Sabtu 20 Mei 2017 - Laporan

Tan Sri Abdul Samad Alias
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-36 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 20 Mei 2017.  Program ini telah diadakan di rumah kepunyaan bersama Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan YA Yussof Ahmad ('61) di No. 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor.
Dr Muhamad Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai  orang 11 STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri, sebagai tuan rumah bersama
  3. Muhammad Abdul Wahab ('61)
  4. Maarop Marjuki ('62)
  5. Jamarei Othman ('70) dan isteri
  6. Mohd Nooh Hassan ('70)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ahmad Darus ('71) dan isteri 
  9. Dr Hamdan Noor ('71) dan isteri 
  10. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  11. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)



Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 49 Al-Hujuraat (Ayat 1-18) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

  1. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
  2.  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
  3.  Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
  4.  Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
  5.  Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  6.  Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
  7.  Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
  8.  (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
  9.  Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
  10.  Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
  11.  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
  12.  Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
  13.  Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
  14.  Orang-orang " A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
  15.  Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
  16.  Katakanlah (kepada orang-orang "A'raab" itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
  17.  Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
  18.  Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 





Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis tidak dibacakan.

Penutup

Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Sdra Muhammad Abdul Wahab ('61). Seterusnya para peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.  

Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Kompleks Yayasan Al-Jenderami.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) serta isteri Puan Sri Jauriah dan YA Yussof Ahmad ('61) kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan-tuan rumah sesi ini dan keluarga mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka.  Jadikanlah sumbangan mereka ini  pembersih/penyuci/penggubat buat mereka sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezeki mereka.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga mereka.  Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan keluarga mereka.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-37 akan diumumkan apabila sedia ditetapkan nanti.

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Akan diberitahu
Tuan Rumah: Penganjuran dialu-alukan

Kepada ahli yang berminat untuk menjadi tuan rumah dan/atau ingin menganjurkan sesi ini, sila beritahu/pm saya secepat mungkin.

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah ?? (akan ditentukan) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 39

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 3 Jul 2017