Thursday, October 5, 2017

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-38 Sabtu 23 Sep 2017 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-38 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 23 Sep 2017. Program ini telah dianjurkan oleh Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor
Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor


Ir Shokri Dahan
(STAR '71) dan Ir Shokri Dahan ('72) di Surau Nuruddin D'Kayangan, Persiaran Selatan D'Kayangan, Seksyen 13 40200 Shah Alam, Selangor.

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib. 
Dr Muhamad Fuad Abdullah


Seramai  orang 12 STARobs Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71) sebagai tuan rumah bersama
  3. Ir Shokri Dahan ('72) sebagai tuan rumah bersama
  4. Ir Hj Khalid Ahmad ('63) 
  5. Dato' Mohd Zaini Abdullah ('66)
  6. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69)
  7. Mohd Nooh Hassan ('70)
  8. Che Yusoff Che Omar ('71)
  9. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  10. Dr Rusli Mohd ('71)
  11. Ab Hamid Shafie ('71) 
  12. Abd Jalil Yakob ('74)

Beberapa isteri STARobs dan ahli qari'ah surau juga telah menyertai sesi ini.

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 23 Al-Mu'minuun (Ayat 1-27) dengan panduan tajwid oleh Naqib.



Makna ayat-ayat itu juga dibacakan dan Naqib juga telah mentadabburkannya:
  1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,
  2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
  3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
  4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
  5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya;
  6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
  7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
  8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;
  9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
  10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi;
  11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
  12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
  13. Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;
  14. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
  15. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.
  16. Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.
  17. Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan tujuh jalan di atas kamu dan Kami pula tidak lalai daripada (menyediakan keperluan) makhluk-makhluk Kami.
  18. Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan ia tersimpan di bumi dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.
  19. Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
  20. Dan (Kami juga menumbuhkan untuk kamu) pokok yang asal tumbuhnya di kawasan Gunung Tursina, yang mengeluarkan minyak dan lauk bagi orang-orang yang makan.
  21. Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
  22. Dan di atas binatang-binatang ternak itu, serta di atas kapal-kapal kamu diangkut.
  23. Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?.
  24. Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri): Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, dia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Dia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.
  25. Dia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa.
  26. Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku.
  27. Lalu Kami wahyukan kepadanya: Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya) dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.
Sumber:  Search Truth 


Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 40 dibacakan.

 Maksud hadis:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.

Daripada lbnu 'Umar r.a. beliau berkata: "Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: 

"Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.""

lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:

"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu."

Pengajaran hadis:

  1. Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua barang-barang.
  2. Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.
  3. Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

Sumber: Salam Garden  


Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan-tuan penanjur.


Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr bersama-sama ahli qari'ah Surau Nuruddin D'Kayangan.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor (STAR '71) dan Ir Shokri Dahan ('72) kerana sudi menjadi tuan-tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan-tuan rumah sesi ini dan keluarga mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.


Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka.  Jadikanlah sumbangan mereka ini  pembersih/penyuci/penggubat buat mereka sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezeki mereka.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga mereka.  Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.


Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan keluarga mereka.


Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."


Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-39 akan diumumkan apabila sedia ditetapkan nanti.

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Akan diberitahu
Tuan Rumah: Penganjuran dialu-alukan

Kepada ahli yang berminat untuk menjadi tuan rumah dan/atau ingin menganjurkan sesi ini, sila beritahu/pm saya secepat mungkin.

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 23 Al Mu'minuun (mulai Ayat 28) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 41

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 5 Okt 2017