Sdra Ahmad Puzi Rais |
Dr Muhamad Fuad |
Seramai orang 13 STARobs dan 8 Isteri serta 2 anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
- Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri, sebagai tuan rumah
- Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
- Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63)
- Tajudin Ibrahim ('68) dan isteri serta anak
- Azlan Abdullah ('71) dan isteri
- Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
- Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
- Kamaruddin Salleh ('71) dan isteri
- Dato' Hamzah Ibrahim ('71)
- Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
- Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri serta anak, Faizul
- Jamian Basar ('77)
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 23 Al-Mu'minuun (Ayat 28-42) dengan panduan tajwid oleh Naqib.
Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
28 Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim.
29 Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat.
30 Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar) dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).
31 Kemudian Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain.
32 Lalu Kami mengutus kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka (dengan berfirman melalui Rasul itu): Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu tidakkah kamu mahu bertakwa kepadaNya?
33 Dan (bagi menolak seruan itu), ketua-ketua dari kaumnya yang kafir serta mendustakan pertemuan hari akhirat dan yang Kami mewahkan mereka dalam kehidupan dunia, berkata (sesama sendiri) Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia makan dari apa yang kamu makan dan meminum dari apa yang kamu minum.
34 Dan demi sesungguhnya, jika kamu taati manusia yang seperti kamu, tentulah kamu dengan membuat demikian, menjadi orang-orang yang rugi.
35 Patutkah dia menjanjikan kamu, bahawa sesungguhnya apabila kamu mati dan menjadi tanah dan tulang, kamu akan dikeluarkan (dari kubur hidup semula)?
36 Jauh, amatlah jauh (dari kebenaran) apa yang dijanjikan kepada kamu itu!
37 Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.
38 Tiadalah dia (Nabi Hud) itu selain dari seorang lelaki yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah dan kami tidak akan beriman kepadanya.
39 Nabi Hud berdoa dengan berkata: Wahai TuhanKu, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku.
40 Allah berfirman: Dalam sedikit masa lagi mereka akan menjadi orang-orang yang menyesal.
41 Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.
42 Kemudian Kami ciptakan, sesudah mereka, umat-umat yang lain.
Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.
Sumber: Search Truth
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis no. 41 dibacakan.
Maksud hadis:
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah (karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah) dengan sanad yang baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
"Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa."
Pengajaran hadis:
- Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
- Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak mana-mana ajaran lslam.
- Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.
Penutup
Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Ahmad Puzi Rais kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak. Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya. Jadikanlah sumbangannya ini pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga. Murahkan dan berkati rezekinya. Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya. Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-40 akan diadakan seperti berikut:
Waktu: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari: Sabtu 16 Dis 2017
Tuan Rumah: STARians USJ-Subang Jaya
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor. GPS Coordinates: 3.0599989, 101.5854452
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 23 Al-Mu'minuun (mulai Ayat 43)
• Sesi pencerahan pengurusan harta pusaka
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 12 Nov 2017