Sunday, July 29, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-45 Sabtu 21 Julai 2018 - Laporan






Y. Bhg. Tan Sri Abdul Samad Alias
 AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-45 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 21 Julai 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Y. Bhg. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.  
Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 26 STARobs dan 11 isteri serta se orang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri sebagai tuan rumah
  3. Muhammad Abdul Wahab ('61)
  4. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
  5. Ir Hj Khalid Ahmad ('63)
  6. Hj Tajudin Ibrahim ('68) dan anak
  7. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri 
  8. Mohd Nooh Hassan ('70) dan isteri
  9. Sailan Kasri ('70) dan isteri
  10. Jamarei Othman ('70) dan isteri
  11. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  12. Che Yusoff Che Omar ('71)
  13. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71)
  14. Dr Hamdan Noor ('71) dan isteri
  15. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  16. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  17. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  18. Kamaruddin Salleh ('71) 
  19. Abas Ramli ('71)
  20. M Yuzer M Yusoff ('71) 
  21. Muhamad Darif Idris ('72)
  22. Hasan Samad ('73)
  23. Dato' Mohd Jamal Sulaiman ('75) dan isteri
  24. Bahtiar Husin ('75)
  25. Jamian Basar ('77) 
  26. M Fairuz Abdullah ('80)



Talaqqi Al-Qur’an

Di sesi ini peserta-peserta telah bertalaqqi Surah 2 Al-Baqarah (Ayat 120-196) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Naqib juga telah memberikan pencerahan maksud sebahagian dari kalimah-kalimah dan ayat-ayat yang ditalaqqi.




 Kitab Riyadhus Shalihin

Pada sesi ini Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam An-Nawawi dibaca dan dibincangkan. Di sesi ini pembacaan dan perbincangan adalah dalam Bab 1, Beriman Kepada Allah, dengan tajuk Takut kepada Allah dan Muraqabatullah





Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.






Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Y. Bhg.Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) serta isteri Puan Sri Jauriah kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-46 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 18 Ogos 2018
Tuan Rumah: Penganjuran dialu-alukan
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian:   

  • Talaqqi Al-Qur’an: Surah 2 Al-Baqarah (mulai ayat 197)
  • Membincang Riyadhus Shalihin: Bab - Beriman Kepada Allah, Tajuk - Raja' (bergantung harap hanya kepada Allah)

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 28 July 2018

Friday, April 27, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-44 Sabtu 21 April 2018 - Laporan

Dr Rusli Mohd
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-44 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 21 April 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Dr Rusli Mohd ('71) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
Dr Muhamad Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 17 STARobs dan 7 isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Dr Rusli Mohd ('71) sebagai tuan rumah
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
  5. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  6. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  7. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  8. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  9. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  10. Kamaruddin Salleh ('71)
  11. Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri 
  12. Muhamad Darif Idris ('72)
  13. Hasan Samad ('73)
  14. Dato' Mohd Jamal Sulaiman ('75)
  15. Mohd Ali Deraman ('75)
  16. Jamian Basar ('77)
  17. Muhamad Asri Mahayuddin ('77)


 Talaqqi Al-Qur’an

Di sesi ini peserta-peserta telah bertalaqqi Surah 2 Al-Fatihah (Ayat 1-119) dengan panduan tajwid oleh Naqib.








Kitab Riyadhus Shalihin

Pada sesi ini perbincangan Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam An-Nawawi ditangguhkan kerana kesuntukan masa.

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.



































Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Dr Rusli Mohd ('71) kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan

segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-45 akan diadakan selepas Ramadhan dan sambutan raya Aidil Fitri.  Tarikhnya akan diumumkan apabila sudah dipastikan nanti.

Pengisian: 
  
•  Talaqqi Al-Qur’an: Surah 2 Al-Baqarah (mulai ayat 120)
•  Membincang Riyadhus Shalihin: Bab - Beriman Kepada Allah, Tajuk - Takut kepada Allah dan Muraqabatullah

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 27 April 2018

Tuesday, March 27, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-43 Sabtu 24 Mac 2018 - Laporan

Y.Bhg. Brig Gen (B) Dato'
Mohamed Idris Saman
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-43 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 24 Mac 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Y. Bhg. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor. 
Sdra Dr Muhamad
Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 16 STARobs dan 10 isteri serta se orang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada: 

  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) dan isteri sebagai tuan rumah
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
  5. Ir Hj Khalid Ahmad ('63)
  6. Mohd Nooh Hassan ('70)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  10. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71) dan isteri
  11. Dr Hamdan Noor ('71) dan isteri
  12. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  13. Dr Rusli Mohd ('71)
  14. Abas Ramli
  15. Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri serta anak, Faizul
  16. Wan Azman Kamal ('78)






Talaqqi Al-Qur’an

Di sesi ini peserta-peserta telah bertalaqqi Surah 1 Al-Fatihah (Ayat 1-7) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat yang ditalaqqi:

1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sumber:  Search Truth 



Kitab Riyadhus Shalihin

Pada sesi ini Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam An-Nawawi dibaca dan dibincangkan. Di sesi ini pembacaan adalah dalam Bab 1, Beriman Kepada Allah, dengan tajuk Ikhlas dan Haramnya Riak. Antara kandungannya adalah:

1. Ayat Al-Quran
Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah 98:5)

2. Hadis i
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Dari Amirul mu'minin Umar bin Al-Khathab r.a. berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnya pun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu.' "

3. Hadis ii
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.' "

4. Hadis iii
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.huma., "bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada firman yang Baginda riwayatkan dari Allah 'Azza Wajalla, 

'Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu - yakni mana-mana yang termasuk hasanah dan mana-mana yang termasuk sayyiah. Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali.

Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya atau Dia menghapusnya. Tidak ada seorang pun yang binasa dalam pandangan Allah melainkan dia memang orang yang binasa (ditetapkan kebinasaan ke atasnya).' "

5. Hadis iv
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a., beliau berkata, "Nabi s.a.w. bersabda:

'Sesiapa yang memperdengarkan (amalannya supaya diketahui manusia), nescaya Allah akan memperdengarkannya (serta mencelanya di hari Kiamat). Sesiapa yang menampakkan (amalannya supaya dilihat orang lain), nescaya Allah akan menampakkannya (dalam kalangan makhluk bahawa dia adalah orang yang riak).' "

6. Hadis v
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Rasulullah bersabda,

'Allah Ta'ala berfirman, 'Aku tidak memerlukan mana-mana sekutu untuk bersekutu. Sesiapa yang berbuat kebajikan dengan menyertakan sekutu lain selain daripada-Ku, maka Aku meninggalkannya bersama sekutunya itu.' "

Dalam satu riwayat, "... maka, Aku berlepas daripadanya. Dia adalah milik kepada siapa yang dia lakukan amal kerananya."

7. Hadis vi
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Saya mendenar Rasulullah bersabda,

'Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari Kiamat ialah: 

(pertama) orang yang mati syahid. Orang tersebut didatangkan, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmatnya (yang dikurniakan Allah SWT di dunia), dan dia mengetahuinya. Allah berfirman, 'Apa yang telah engkau lakukan pada nikmat tersebut?' Dia menjawab, 'Aku telah berperang kerana-Mu sehingga aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau berdusta! Tetapi engkau berperang (dengan niat) supaya orang lain mengatakan, 'Si polan sangat berani,' dan sesungguhnya ia memang berlaku (seperti yang engkau inginkan).' Kemudian, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut dibawa pergi, lalu ia diheret pada mukanya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. 

(Kedua) orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain serta sentiasa membaca al-Quran. Orang ini didatangkan, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmatnya (yang dikurniakan Allah SWT di dunia), dan dia mengetahuinya. Allah berfirman, 'Apa yang telah engkau lakukan pada nikmat tersebut?' Dia menjawab, 'Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya (kepada manusia) serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau berdusta! Tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang lain mengatakan, 'Dia adalah seorang yang alim,' dan engkau membaca al-Quran supaya orang lain mengatakan, 'Dia adalah pembaca al-Quran,' dan sesungguhnya ia memang berlaku (seperti yang engkau inginkan).' Kemudian, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut dibawa pergi, lalu ia diheret pada mukanya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

(Ketiga) orang yang diluaskan rezekinya oleh Allah, dan Dia memberikan pelbagai harta kepadanya. Orang tersebut didatangkan, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmatnya (yang dikurniakan Allah SWT di dunia), dan dia mengetahuinya. Allah berfirman, 'Apa yang telah engkau lakukan pada nikmat tersebut?' Dia menjawab, 'Aku tidak membiarkan satu jalan pun yang Engkau suka agar seseorang membelanjakan harta di situ, melainkan aku bersedekah padanya hanya kerana-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau berdusta! Tetapi engkau melakukan sedemikian supaya orang lain mengatakan, 'Dia adalah seorang yang dermawan,' dan sesungguhnya ia memang berlaku (seperti yang engkau inginkan).' Kemudian, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut dibawa pergi, lalu ia diheret pada mukanya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.' "

8. Hadis vii
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Dzarr r.a., beliau berkata, "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah SAW,

'Bagaimanakah pendapat tuan tentang seorang lelaki yang berbuat kebajikan, lalu orang lain memujinya (padahal niatnya ikhlas kerana Allah)?' Baginda menjawab, 'Itu adalah kegembiraan awal bagi seorang Mukmin.' "

Rujukan: ikram 

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.







Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Y. Bhg. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) dan isteri Datin Fauziah Ibrahim kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-44 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 21 April 2018
Tuan Rumah: Sdra Dr Rusli Mohd ('71)
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian: 
  
•  Talaqqi Al-Qur’an: Mulai Surah 2 Al-Baqarah
•  Membincang Riyadhus Shalihin: Bab - Beriman Kepada Allah, Tajuk - Takut kepada Allah dan Muraqabatullah

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 28 Mac 2018