Tuesday, March 27, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-43 Sabtu 24 Mac 2018 - Laporan

Y.Bhg. Brig Gen (B) Dato'
Mohamed Idris Saman
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-43 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 24 Mac 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Y. Bhg. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor. 
Sdra Dr Muhamad
Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 16 STARobs dan 10 isteri serta se orang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada: 

  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) dan isteri sebagai tuan rumah
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
  5. Ir Hj Khalid Ahmad ('63)
  6. Mohd Nooh Hassan ('70)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  10. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71) dan isteri
  11. Dr Hamdan Noor ('71) dan isteri
  12. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  13. Dr Rusli Mohd ('71)
  14. Abas Ramli
  15. Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri serta anak, Faizul
  16. Wan Azman Kamal ('78)






Talaqqi Al-Qur’an

Di sesi ini peserta-peserta telah bertalaqqi Surah 1 Al-Fatihah (Ayat 1-7) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat yang ditalaqqi:

1 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2 Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

3 Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4 Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

5 Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

6 Tunjukilah kami jalan yang lurus.

7 Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sumber:  Search Truth 



Kitab Riyadhus Shalihin

Pada sesi ini Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam An-Nawawi dibaca dan dibincangkan. Di sesi ini pembacaan adalah dalam Bab 1, Beriman Kepada Allah, dengan tajuk Ikhlas dan Haramnya Riak. Antara kandungannya adalah:

1. Ayat Al-Quran
Allah Ta'ala berfirman, maksudnya:

"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah 98:5)

2. Hadis i
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Dari Amirul mu'minin Umar bin Al-Khathab r.a. berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Hanyasanya semua amal perbuatan itu dengan disertai niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang itu apa yang telah menjadi niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itupun kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya itu untuk harta dunia yang hendak diperolehinya, ataupun untuk seorang wanita yang hendak dikawininya, maka hijrahnya pun kepada sesuatu yang dimaksud dalam hijrahnya itu.' "

3. Hadis ii
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

'Sesungguhnya Allah Ta'ala itu tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hatimu sekalian.' "

4. Hadis iii
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas r.huma., "bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda pada firman yang Baginda riwayatkan dari Allah 'Azza Wajalla, 

'Sesungguhnya Allah Ta'ala itu mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menerangkan yang sedemikian itu - yakni mana-mana yang termasuk hasanah dan mana-mana yang termasuk sayyiah. Maka barangsiapa yang berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah yang Maha Suci dan Tinggi sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya, dan barangsiapa berkehendak mengerjakan kebaikan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah sebagai sepuluh kebaikan di sisiNya, sampai menjadi tujuh ratus kali lipat, bahkan dapat sampai menjadi berganda-ganda yang amat banyak sekali.

Selanjutnya barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan kemudian tidak jadi melakukannya maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai suatu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan barangsiapa yang berkehendak mengerjakan keburukan itu kemudian jadi melakukannya, maka dicatatlah oleh Allah Ta'ala sebagai satu keburukan saja di sisiNya atau Dia menghapusnya. Tidak ada seorang pun yang binasa dalam pandangan Allah melainkan dia memang orang yang binasa (ditetapkan kebinasaan ke atasnya).' "

5. Hadis iv
Imam al-Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan daripada Jundab bin Abdullah r.a., beliau berkata, "Nabi s.a.w. bersabda:

'Sesiapa yang memperdengarkan (amalannya supaya diketahui manusia), nescaya Allah akan memperdengarkannya (serta mencelanya di hari Kiamat). Sesiapa yang menampakkan (amalannya supaya dilihat orang lain), nescaya Allah akan menampakkannya (dalam kalangan makhluk bahawa dia adalah orang yang riak).' "

6. Hadis v
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Rasulullah bersabda,

'Allah Ta'ala berfirman, 'Aku tidak memerlukan mana-mana sekutu untuk bersekutu. Sesiapa yang berbuat kebajikan dengan menyertakan sekutu lain selain daripada-Ku, maka Aku meninggalkannya bersama sekutunya itu.' "

Dalam satu riwayat, "... maka, Aku berlepas daripadanya. Dia adalah milik kepada siapa yang dia lakukan amal kerananya."

7. Hadis vi
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Saya mendenar Rasulullah bersabda,

'Sesungguhnya golongan manusia yang pertama akan diadili pada hari Kiamat ialah: 

(pertama) orang yang mati syahid. Orang tersebut didatangkan, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmatnya (yang dikurniakan Allah SWT di dunia), dan dia mengetahuinya. Allah berfirman, 'Apa yang telah engkau lakukan pada nikmat tersebut?' Dia menjawab, 'Aku telah berperang kerana-Mu sehingga aku mati syahid.' Allah berfirman, 'Engkau berdusta! Tetapi engkau berperang (dengan niat) supaya orang lain mengatakan, 'Si polan sangat berani,' dan sesungguhnya ia memang berlaku (seperti yang engkau inginkan).' Kemudian, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut dibawa pergi, lalu ia diheret pada mukanya sehingga dihumbankan ke dalam neraka. 

(Kedua) orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain serta sentiasa membaca al-Quran. Orang ini didatangkan, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmatnya (yang dikurniakan Allah SWT di dunia), dan dia mengetahuinya. Allah berfirman, 'Apa yang telah engkau lakukan pada nikmat tersebut?' Dia menjawab, 'Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarkannya (kepada manusia) serta selalu membaca al-Quran kerana-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau berdusta! Tetapi engkau mempelajari ilmu supaya orang lain mengatakan, 'Dia adalah seorang yang alim,' dan engkau membaca al-Quran supaya orang lain mengatakan, 'Dia adalah pembaca al-Quran,' dan sesungguhnya ia memang berlaku (seperti yang engkau inginkan).' Kemudian, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut dibawa pergi, lalu ia diheret pada mukanya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

(Ketiga) orang yang diluaskan rezekinya oleh Allah, dan Dia memberikan pelbagai harta kepadanya. Orang tersebut didatangkan, lalu diperlihatkan kepadanya segala nikmatnya (yang dikurniakan Allah SWT di dunia), dan dia mengetahuinya. Allah berfirman, 'Apa yang telah engkau lakukan pada nikmat tersebut?' Dia menjawab, 'Aku tidak membiarkan satu jalan pun yang Engkau suka agar seseorang membelanjakan harta di situ, melainkan aku bersedekah padanya hanya kerana-Mu.' Allah berfirman, 'Engkau berdusta! Tetapi engkau melakukan sedemikian supaya orang lain mengatakan, 'Dia adalah seorang yang dermawan,' dan sesungguhnya ia memang berlaku (seperti yang engkau inginkan).' Kemudian, Allah memerintahkan (kepada malaikat) agar orang tersebut dibawa pergi, lalu ia diheret pada mukanya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.' "

8. Hadis vii
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Dzarr r.a., beliau berkata, "Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah SAW,

'Bagaimanakah pendapat tuan tentang seorang lelaki yang berbuat kebajikan, lalu orang lain memujinya (padahal niatnya ikhlas kerana Allah)?' Baginda menjawab, 'Itu adalah kegembiraan awal bagi seorang Mukmin.' "

Rujukan: ikram 

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.







Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Y. Bhg. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) dan isteri Datin Fauziah Ibrahim kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-44 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 21 April 2018
Tuan Rumah: Sdra Dr Rusli Mohd ('71)
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian: 
  
•  Talaqqi Al-Qur’an: Mulai Surah 2 Al-Baqarah
•  Membincang Riyadhus Shalihin: Bab - Beriman Kepada Allah, Tajuk - Takut kepada Allah dan Muraqabatullah

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 28 Mac 2018

Monday, March 12, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-42 Sabtu 24 Februari 2018 - Laporan

Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-42 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 24 Februari 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.


Sdra Dr Muhamad Fuad

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.


Seramai  orang 12 STARobs dan 7 isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Ir Hj Khalid Ahmad ('63)
  5. Mohd Nooh Hassan ('70)
  6. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  7. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  8. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  9. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  10. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71) dan isteri
  11. Ahmad Darus ('71)
  12. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) 



Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 23 Al-Mu'minuun (Ayat 90-118) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu dibacakan:

90 (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

91 Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

92 (Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.

93 Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -

94 Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu.

95 Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.

96 Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

97 Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

98 Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

99 Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

100 Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

101 Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
 102 Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

103 Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahannam -

104 Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.

105 (Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?

106 Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.

107 Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.

108 (Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!

109 Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.

110 Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.

111 Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya.

112 Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?

113 Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

114 Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

115 Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

116 Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

117 Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

118 Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!

Sumber:  Search Truth 




Kitab Riyadhus Shalihin

Pada sesi ini Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam An-Nawawi mula dibaca dan dibincangkan. Di sesi ini pembacaan adalah dalam Bab 1, Beriman Kepada Allah, dengan tajuk Iman dan Islam.

Rujukan: abuaminaelias 



Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri, Datin Noriah kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-43 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 24 Mac 2018
Tuan Rumah: Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64)
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian:   
•  Talaqqi Al-Qur’an: Mulai Surah 1 Al-Fatihah
•  Membincang Riyadhus Shalihin: Bab - Beriman Kepada Allah, Tajuk - Ikhlas dan Haramnya Riak

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 12 Mac 2018