Monday, March 12, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-42 Sabtu 24 Februari 2018 - Laporan

Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-42 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 24 Februari 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.


Sdra Dr Muhamad Fuad

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.


Seramai  orang 12 STARobs dan 7 isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Ir Hj Khalid Ahmad ('63)
  5. Mohd Nooh Hassan ('70)
  6. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  7. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  8. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  9. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  10. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor ('71) dan isteri
  11. Ahmad Darus ('71)
  12. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) 



Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 23 Al-Mu'minuun (Ayat 90-118) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu dibacakan:

90 (Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

91 Allah tidak sekali-kali mempunyai anak dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.

92 (Allah) Yang mengetahui segala yang tersembunyi dan yang nyata; maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah keadaanNya dari segala yang mereka sekutukan.

93 Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -

94 Maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu.

95 Dan sesungguhnya Kami berkuasa memperlihatkan kepadamu azab yang Kami janjikan kepada mereka.

96 Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.

97 Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

98 Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.

99 Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -

100 Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).

101 Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
 102 Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.

103 Dan sesiapa yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di dalam Neraka Jahannam -

104 Api Neraka itu membakar muka mereka dan tinggallah mereka di situ dengan muka yang hodoh cacat.

105 (Sambil dikatakan kepada mereka): Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?

106 Mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab kecelakaan kami dan dengan itu menjadilah kami kaum yang sesat.

107 Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari Neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.

108 (Allah) berfirman: Diamlah kamu dengan kehinaan di dalam Neraka dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaKu!

109 Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat.

110 Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.

111 Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya.

112 Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?

113 Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

114 Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).

115 Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?

116 Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.

117 Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.

118 Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!

Sumber:  Search Truth 




Kitab Riyadhus Shalihin

Pada sesi ini Kitab Riyadhus Shalihin karangan Imam An-Nawawi mula dibaca dan dibincangkan. Di sesi ini pembacaan adalah dalam Bab 1, Beriman Kepada Allah, dengan tajuk Iman dan Islam.

Rujukan: abuaminaelias 



Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri, Datin Noriah kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-43 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 24 Mac 2018
Tuan Rumah: Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64)
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian:   
•  Talaqqi Al-Qur’an: Mulai Surah 1 Al-Fatihah
•  Membincang Riyadhus Shalihin: Bab - Beriman Kepada Allah, Tajuk - Ikhlas dan Haramnya Riak

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 12 Mac 2018

Wednesday, February 7, 2018

Bahan-bahan Rujukan

Sumber bahan-bahan rujukan yang boleh digunakan untuk sesi Usrah:
  1. Al Qur'an Terjemahan
    Sumber: Search Truth
  2. Baca'an Al Qur'an
    Sumber: Quranicaudio
  3. Tafsir Tafhim al-Qur'an (Towards Understanding the Qur'an) oleh Sayyid Abul A'la Maududi
    Sumber: Islamicstudies
  4. Hadis 40 Imam Nawawi
    Sumber:  Salam Garden
  5. Riyadhus Shalihin
    Muat-turun terjemahan dari Ashabul-Muslimin


Tuesday, February 6, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-41 Sabtu 27 Januari 2018 - Laporan

Sdra Azlan Abdullah
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-41 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 27 Januari 2018.  Program ini telah dianjurkan oleh Tuan Presiden Sdra Azlan Abdullah (STAR '71) dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.  


Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib.  

Seramai  orang 14 STARobs dan 8 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  3. Dr Mawardi Ab Rahman ('68)
  4. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  5. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  6. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  7. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  10. Che Yusoff Che Omar ('71) 
  11. Abas Ramli ('71)
  12. Muhamad Darif Idris ('72)
  13. Hasan Samad ('73)
  14. Sembang-sembang teh sebelum sesi dimulakan
  15. Jamian Basar ('77) dan isteri


Alu-aluan


Ucapan alu-aluan oleh Nazir masjid
Sdra Abas Ramli telah memperkenalkan Nazir Masjid Al Mukminun, Tuan Haji Zainal Abidin Zakaria, kepada semua peserta. Tuan Haji Zainal Abidin kemudiannya mengalu-alukan kehadiran semua peserta dan berterima kasih kerana memilih Masjid ini untuk berusrah. Beliau jua menyokong cadangan menjadikan Masjid ini tempat kekal usrah STAROBA untuk sesi-sesi akan datang.  





Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 23 Al-Mu'minuun (Ayat 60-89) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu dibacakan:

60 Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;

61 Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.

62 Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya.

63 (Sekalipun demikian, orang-orang yang ingkar tidak juga berfikir) bahkan hati mereka tenggelam di dalam kejahilan, lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya;

64 Hingga apabila Kami timpakan azab kepada orang-orang yang mewah di antara mereka maka dengan serta-merta mereka menjerit-jerit meminta tolong.

65 (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta tolong pada hari ini, sesungguhnya kamu tidak akan beroleh sebarang pertolongan dari Kami.

66 (Kerana) sesungguhnya ayat-ayatKu telah berkali-kali dibacakan kepada kamu, dalam pada itu kamu berpaling undur ke belakang;

67 Dengan keadaan sombong angkuh mendustakannya, serta mencacinya dalam perbualan kamu pada malam hari.

68 Maka adakah mereka melakukan yang demikian kerana mereka tidak dapat memahami kata-kata ajaran (yang disampaikan kepada mereka)? Atau kerana telah datang kepada mereka sesuatu yang tidak pernah datang kepada datuk nenek mereka yang telah lalu?

69 Atau kerana mereka tidak kenal rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?

70 Atau kerana mereka mengatakan: Dia kena penyakit gila? (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa agama yang tetap benar dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.

71 Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya;

72 Atau adakah (mereka menolak seruanmu itu kerana) engkau meminta kepada mereka suatu pemberian (sebagai hasil pendapatan seruanmu)? (Ini pun tidak!) Kerana engkau percaya pemberian Tuhanmu lebih baik dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.

73 Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanya menyeru mereka ke jalan yang lurus;

74 Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sudah tentu tidak mengikuti jalan yang lurus itu.

75 Dan sekiranya Kami menaruh belas kasihan kepada mereka serta Kami hapuskan kesusahan yang menimpa mereka, nescaya mereka akan tetap terus meraba-raba dalam kesesatan mereka yang melampaui batas itu.

76 Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);

77 Sehingga apabila Kami bukakan kepada mereka sebuah pintu yang menyebabkan azab yang berat, maka mereka serta-merta berputus asa dengan sebabnya dari mendapat sebarang kebaikan.

78 Dan Dialah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur; tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.

79 Dan Dialah yang menciptakan serta mengembangkan kamu di bumi dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

80 Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?

81 (Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);

82 Mereka berkata: Adakah apabila kami telah mati dan kami menjadi tanah dan tulang, adakah kami akan dibangkitkan (hidup semula)?

83 Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan perkara ini kami dan datuk nenek kami dari dahulu lagi; perkara ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu-kala.

84 Tanyakanlah (wahai Muhammad): Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?

85 Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?
86 Tanyakanlah lagi: Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?

87 Mereka akan menjawab: (Semuanya) kepunyaan Allah. Katakanlah: Mengapa kamu tidak mahu bertakwa?

88 Tanyakanlah lagi: Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu, serta dia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyi daripada kekuasaannya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!

89 Mereka akan menjawab: (Segala-galanya) dikuasai Allah. Katakanlah: Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?



Sumber:  Search Truth 

Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis 42 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Pengajaran hadis:

  1. Hadis ini menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang tidak terbatas bagaikan lautan tidak berpantai.
  2. Allah berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa banyak dosa tersebut dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat dia mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
  3. Syirik adalah dosa besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dia seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh tidak memberi apa-apa erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang melakukan dosa yang bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan pengampunan Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.
  4. Hadis ini tidak bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya menunjukkan peri betapa besar dan luasnya rahmat dan keampunan Allah SWT. 

Sumber: Salam Garden 


Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. 
 




JazakalLahu Khairan Kathira kepada Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan


JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Azlan Abdullah (STAR '71) dan isteri Hajah Norbayah Ishak kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-42 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 24 Feb 2018
Tuan Rumah: Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63)
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 23 Al-Mu'minuun (mulai Ayat 90)
•  Membincang Hadis: Akan ditentukan 

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 6 Feb 2018

Monday, January 8, 2018

Program Usrah STAROBA 2018

Program Usrah STAROBA 2018

Sesi keHari dan TarikhSurah dan HadisTuan RumahTempat
41 Sabtu 27 Jan 2018 23 Al-Mu'minuun (Ayat 60-89)
Hadis 42
Tuan Presiden Sdra Azlan Abdullah ('71) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
42 Sabtu 24 Feb 2018 23 Al-Mu'minuun (mulai Ayat 90)
Riyadhus Shalihin - Iman dan Islam
Y. Bhg. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
43 Sabtu 24 Mac 2018 Talaqqi 1 Al-Fatihah
Riyadhus Shalihin - Ikhlas dan Haramnya Riak
Y. Bhg. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('64) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
44 Sabtu 21 April 2018 Talaqqi 2 Al-Baqarah (Ayat 1-119) Dr Rusli Mohd ('71) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
45 Sabtu 21 Julai 2018 Talaqqi 2 Al-Baqarah (Ayat 120-196)
Riyadhus Shalihin - Takut kepada Allah dan Muraqabatullah 
Y. Bhg. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
46 Sabtu 18 Ogos 2018 Talaqqi 2 Al-Baqarah (Ayat 197-259)
Riyadhus Shalihin - Raja' (bergantung harap kepada Allah)
Riyadhus Shalihin - 
Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71)

Surau Al Amin, Jalan Sari Ilmia 2, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor
47Sabtu 22 Sep 2018Talaqqi 2 Al-Baqarah (mulai ayat 260)
Riyadhus Shalihin - Tawakal
Sdra Jamian Basar ('77) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
Pandu Tuju
48 Sabtu 20 Okt 2018 Talaqqi 
Riyadhus Shalihin - 
Sdra Mohd Fathil Shariff ('72) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
49 Sabtu 17 Nov 2018 Talaqqi 
Riyadhus Shalihin - 
Sdra M Fairuz Abdullah ('80) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
50 Sabtu 15 Dis 2018 Talaqqi 
Riyadhus Shalihin - 
Sdra Abd. Hamid Shafie ('71) Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
51 Sabtu 2019 Talaqqi 
Riyadhus Shalihin - 

Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 


S.O.P Usrah STAROBA
6 Mar 2018

10.00 - 11.30 pagi 

  • Pembukaan/Aluan oleh Naqib
  • Naqib membaca satu muka (sambungan dari Usrah yang lepas)
  • Ikut pusingan tawaf, peserta sambung membaca selepas ayat terakhir pembaca sebelumnya. Peserta boleh pilih untuk baca separuh muka surat atau satu muka. Jika separuh muka, maka peserta selepasnya hanya boleh membaca separuh lagi yang tertinggal di muka surat itu.
  • Pembacaan ini dilakukan secara talaqqi dengan diteliti oleh Naqib, dan Naqib akan menegur/membetulkan apa-apa kesilapan bacaan.

11.30 - 12.00 tengahari

  • Naqib memilih petikan-petikan penting daripada sesi pembacaan dan memberikan tafsirnya. Peserta digalakkan membaca terjemahan seluruh ayat-ayat yang telah dibaca secara sendirian selepas sesi Usrah

12.00 - 12.30 petang

  • Sesi hadis - Riyadhus Shalihin

12.30 + petang

  • Jamuan ringan, jika ada

Usrah ditangguhkan selepas solat Zohor


Wednesday, January 3, 2018

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-40 Sabtu 16 Disember 2017 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-40 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 16 Disember 2017.  Program ini telah dianjurkan oleh STARians USJ-Subang Jaya dan diadakan di Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
Sdra Dr Muhamad Fuad

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 17 STARobs dan 5 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63)
  3. Dr Mawardi Ab Rahman ('68)
  4. Mohamad Noh Hassan ('70)
  5. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  6. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  7. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71) dan isteri
  8. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71) 
  10. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) 
  11. Abas Ramli ('71)
  12. Lt Kol Shahidan Razak TUDM (B) ('71)
  13. Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri
  14. Abd Rahman Othman ('72)
  15. Muhamad Darif Idris ('72)
  16. Hasan Samad ('73)
  17. Mohd Jamal Sulaiman ('75)





Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 23 Al-Mu'minuun (Ayat 43-59) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu dibacakan:

43 Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan dan mereka pula tidak dapat melambatkannya.
 
44 Kemudian Kami mengutus Rasul-rasul Kami silih berganti. Tiap-tiap kali sesuatu umat didatangi Rasulnya, mereka mendustakannya; lalu Kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas satu-satu dan Kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-orang yang tidak beriman.
 
45 Kemudian Kami mengutus Nabi Musa dan saudaranya: Nabi Harun, dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami dan bukti (mukjizat) yang nyata,
 
46 Kepada Firaun dan kaumnya; lalu mereka menentang (seruan Nabi-nabi Allah itu) dengan sombong takbur, serta menjadi kaum yang membesarkan diri.
 
47 Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya): Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita, sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita?
 
48 Oleh itu, merekapun mendustakan keduanya, lalu menjadilah mereka sebahagian dari orang-orang yang dibinasakan.
 
49 Dan sesungguhnya, Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, supaya mereka beroleh hidayat petunjuk.
 
50 Dan Kami jadikan (Nabi lsa) Ibni Mariam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat) dan Kami telah menempatkan keduanya di tanah tinggi, tempat tinggal yang ada tanaman dan mata air yang mengalir.
 
51 Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
 
52 Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu agama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertakwalah kamu kepadaKu.
 
53 Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan agama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka.
 
54 Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu hingga ke suatu masa.
 
55 Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.
 
56 (Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).
 
57 Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;
 
58 Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;
 
59 Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;

Sumber:  Search Truth 


Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis tidak dibacakan kerana memberi ruang kepada sesi khas.

Sesi Khas

Sesi pencerahan pengurusan harta pusaka telah disampaikan Lt Kol Shahidan Razak TUDM (B) ('71).


Lt Kol Shahidan Razak TUDM (B)

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Masjid Al Mukminun USJ 2.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada STARians USJ-Subang Jaya kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan2 rumah sesi ini dan keluarga2 mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka.  Jadikanlah sumbangan mereka ini  pembersih/penyuci/penggubat buat mereka dan keluarga2 mereka.  Murahkan dan berkati rezeki mereka.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga2 mereka.  Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan keluarga2 mereka.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

Inn Syaa Allah tarikh dan tempat Program Usrah STAROBA sesi ke-41 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 27 Jan 2018
Tuan Rumah: Tuan Presiden Sdra Azlan Abdullah (STAR '71)
Tempat: Dewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 23 Al-Mu'minuun (mulai Ayat 60)
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 42

Harap dapat dicatitkan dalam kalendar/planner anda sekalian.

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 3 Jan 2018