Wednesday, April 24, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Pertama Ahad 14 April 2013 - Laporan

Sdra Dr Muhamad Fuad sebagai Naqib

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi pertama telah berjalan lancar pada hari Ahad 14 April 2013.

Program ini telah diadakan di Bilik Balqis, Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.  



Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai 17 orang telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Dato' Mohamed Idris Saman
  4. Sdra Yusoff Ahmad
  5. Sdra Che Yusoff Che Omar dan isteri
  6. Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri
  7. Sdra Dr Ibrahim bin Mohamad dan isteri
  8. Sdra Mohd Fathil Sharfiff dan isteri
  9. Sdra Dr Shamsuddin Mukhtaram
  10. Sdra Engku Aziz S Mohd
  11. Sdra Wan Roshaimi
  12. Sdra Ahmad Puzi Rais
Sdra Azlan, Dr Fuad dan Dr Hamdan










Peserta lelaki diawal program




















Para isteri juga turut serta


















Bacaan Al-Quran

Semua peserta lelaki dan dua peserta wanita telah mengambil peluang untuk membaca Surah 87 Al A'laa dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Peserta terakhir, Sdra Mohd Fathil, memperdengarkan bacaan
Program diteruskan dengan perbincangan maksud isi kandungan Surah ini.

Surah Makkiyyah ini mengandungi tiga tema: Tauhid, perintah kepada Nabi s.a.w dan Hari Akhirat.

Tauhid:

Dalam ayat 1-5 kita diperingatkan supaya kita bertasbih mensucikan nama Tuhan Yang Maha Tinggi.  Dijelaskan bahawa setiap makhluk ciptaan Allah bertasbih kepadaNya dengan cara masing-masing.

Tuhan telah menciptakan dan menyempurnakan penciptaanNya.  Setiap makhluk telah ditentukan qada' dan qadar masing-masing dan diberi petunjuk untuk melaksanakan tugas masing-masing.  Kita menyaksikan manifestasi kuasa Allah ini setiap siang dan malam seperti bagaimana Tuhan mencipta tumbuh-tumbuhan di bumi ini dan kemudian mematikannya.  Tidak ada kuasa lain yang dapat mencipta tumbuh-tumbuhan atau menghalang kematiannya.

Perintah kepada Nabi s.a.w:

Dalam ayat 6-8 Allah s.w.t menyakinkan Nabi s.a.w. tidak akan lupa ayat-ayat Al-Qur'an kecuali jika Allah mengkehendakinya.  Kekuatan ingatan Nabi ini bukanlah kerana kepintaran Nabi sendiri tetapi adalah hasil dari Rahmat Allah jua dan jika dikehendakiNya, Allah boleh membuat Nabi lupa.

Nabi s.a.w. kemudiannya diperingatkan bahawa Baginda tidak bertanggung-jawab membawa semua manusia ke  jalan yang benar; tugas Nabi hanyalah menyampaikan yang benar.  Allah telah memberi kemudahan kepada baginda untuk melaksanakan syariat yang akan membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat.  Nabi s.a.w. telah diperintahkan untuk memberikan peringatan kepada manusia kerana peringatan ini bermanfaat. Orang yang takutkan Allah akan mendengar dan menerima kebenaran ini.  Sebaliknya orang yang celaka akan menjauhinya - mereka ini tidak perlu didesak untuk menerima kebenaran dan mereka ini akan melihat sendiri buruknya akhir mereka nanti.

Hari Akhirat:

Akhir surah ini merumuskan "Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan diri (dengan beriman).  Dan mengingati nama Tuhannya, lalu dia solat.  Sedangkan kamu (orang kafir) memilih kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya ini terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu.  (Ia-itu) kitab-kitab Ibrahim dan Musa."

Sumber: Tafheem Ul Quran by Syed Abul A'ala Maududi


Hadis 40 Imam An-Nawawi

Selepas itu perbincangan tentang Hadis ke 14 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi dijalankan.

Makna hadis:

Daripada Ibnu Mas'uud r.a. beliau berkata: RasululLah s.a.w. telah bersabda: "Darah seseorang muslim tidak halal kecuali dengan satu dari tiga perkara: Orang berkahwin yang melakukan zina, nyawa dengan nyawa, dan orang yang meninggalkan agamanya serta memisahkan diri daripada jamaah"
- Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim

Pokok perbincangan dan pengajaran hadis:

1. Terpelihara darah orang Islam

Mengikut hukum Allah s.w.t seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman.  Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.

Allah melaknat dan menjanjikan azab yang pedih kepada orang yang membunuh orang Islam dengan cara yang tidak benar.

2.  Orang yang mesti dihukum bunuh

Ada beberapa kategori orang yang dihalalkan darahnya iaitu mesti dihukum bunuh:

a.  Zina orang yang berkahwin

Orang yang telah merasa nikmat perkahwinan halal, yang berzina maka ijma' ulama hukumnya direjam sampai mati.

b. Membunuh dengan sengaja

Orang yang membunuh dengan sengaja tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' ijma' ulama mengatakan hukumnya balas bunuh iaitu qisas. Lihat Surah al-Maidah ayat 45.  Mengikut pendapat jumhur Imam Malik, Ahmad dan Syafi'e, digugurkan qisas jika

 -  bapa bunuh anak
 -  orang Islam bunuh orang kafir
 -  orang merdeka bunuh hamba

c.  Murtad

Orang yang sengaja meninggalkan jamaah muslimah, sama ada lelaki atau perempuan, hukumnya ialah bunuh.  Mengikut hadis Nabi kepada Mu'az ketika ke Yaman - bila orang murtad, hendaklah orang itu diberi nasihat, diajak kembali kepada Islam, kemudian jika ia enggan hendaklah dipenggal lehernya.

Ada perselisihan pendapat tentang hukum murtad ini.  Ada pendapat yang mengatakan jika seseorang itu murtad secara diam-diam dan tidak menggugat keamanan Islam, maka ia tidak dikenakan hukum bunuh. WalLahu a'lam.

Sumber: www.anuar2u.com/download/Hadis%2040.pdf 


Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan ringan yang disediakan.   



















Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama di dewan solat utama Masjid Al Ghufran.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi pertama ini.

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 2 akan diadakan pada hari Sabtu 18 Mei 2013.  InsyaAllah tempat usrah sesi ke 2 ini adalah di Bilik Balqis Masjid Al-Ghufran juga.


Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 23 April 2013

Tuesday, March 19, 2013

Masjid Al-Ghufran

Masjid Al-Ghufran

Masjid Al-Ghufran dilihat dari Lebuhraya Damansara-Puchong

Pelan Lokasi

Masjid Al-Ghufran terletak di tepi Lebuhraya Damansara-Puchong bertentangan dengan pusat membeli belah The Curve, Ikano Power Centre, IKEA dan Tesco.



Pandu Arah

Berikut adalah pandu arah ke Masjid Al-Ghufran untuk Usrah STAR66 Sesi ke 20. Sila klik

Dari Kelana Jaya/Subang Jaya/Federal Highway melalui Lebuhraya Damansara Puchong

Dari Federal Highway melalui Jalan Universiti

Dari Sg Buloh/Kepong/Selayang melalui Lebuhraya Damansara Puchong

Dari Jalan Duta melalui Penchala Tunnel

Selamat memandu dan semoga sampai ke Masjid Al-Ghufran dengan selamat dan mudah.


Perhatian untuk pemanduan menggunakan LDP dari arah Petaling Jaya


Sekiranya anda datang menggunakan LDP dari arah Petaling Jaya anda akan perlu buat U-turn dan menghala balik ke Petaling Jaya.

Selepas Tesco/IKEA/The Curve anda perlu mengambil lorong ke dua dari kiri dan buat U-turn ke kanan di bawah LDP dan masuk balik LDP menghala ke Petaling Jaya. Ambil lorong terkiri dan keluar di exit pertama ia-itu sebelum stesen minyak PETRONAS.

Ada lorong kecil di sebelah kiri sebelum dan bersebelahan dengan stesen PETRONAS itu untuk sampai ke Masjid Al Ghufran. Lorong ini ada tanda NO ENTRY, tapi ramai pemandu masuk juga....


Bilik Balqis

Bilik Balqis ini terletak di aras B2 (dua tingkat di bawah aras Dewan Solat Utama) ia-itu sama aras dengan Cafe' Al-Ghufran.  Dewan ini terletak di sebelah kiri Cafe berhampiran laluan utama ke Cafe.


Tempat Letak Kereta

Ada dua tempat letak kereta di Masjid Al-Ghufran:
  1. Satu tempat kereta sama aras dengan Dewan Solat Utama
  2. Satu tempat kereta di bawah aras Cafe' Al-Ghufran

Panduan Usrah STAROBA

1. Format Usrah

10.00 pagi - sedia berkumpul di rumah yang ditetapkan
10.15 pagi - Pembukaan usrah oleh Ustaz
10.25 pagi - Sesi pembaikan bacaan Al Qur'an dan pembetulan tajwid
11.25 pagi - Sesi membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi
12.20 petang - Penggulungan usrah oleh Ustaz
12.30 petang - Jamuan ringan

2. Disiplin menepati waktu

Kita berusaha menepati waktu sebagai
  • Memperbaiki disiplin beramal
  • Menghayati tuntutan Surah 103 Al-'Asr
  • Menghormati Ustaz
3. Ustaz dan Naqib 

Sdra Muhamad Fuad Abdullah (Class 71) adalah Ustaz dan Naqib untuk membimbing Majlis Usrah kita.

4. Para peserta 
  • STAROBs
  • Isteri-isteri dan anak-anak

Semoga Allah memBerkati dan meRahmati Program Usrah STAROBA ini dan semoga Allah memudahkan segala urusah kita. InsyaAllah.

Usrah dan Matlamatnya

Disusun oleh Ahmad Puzi bin Rais  6 Zulhijjah 1433 (22 Oktober 2012)



1.Takrif Usrah

Dari segi bahasa usrah bererti keluarga.

Manakala dari segi istilah pula usrah bererti satu kumpulan yang
  • dianggotai oleh beberapa orang individu muslim yang beriman kepada Allah s.w.t yang diikatkan dengan pertalian akidah islamiah,
  • berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami Agama Islam yang mulia serta menghayatinya, dan 
  • cuba mewujudkan “biah solehah” ia-itu persekitaran yang baik.

2. Matlamat dan Tujuan Usrah

Usrah merupakan suatu perkara yang penting dalam proses tarbiah kerana ia berfungsi sebagai satu medium untuk menjayakan matlamat pendidikan dan menjadikan setiap individu muslim patuh dan iltizam dengan perintah Allah s.w.t.

Antara tujuan dan matlamat utama usrah ialah :
  • Mendekatkan individu muslim kepada Allah Azza Wajalla.
  • Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab anggota usrah terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
  • Meningkatkan Thaqafah Islamiah dan dapat mengetahui sikap Islam terhadap satu-satu isu yang berlaku.  Thaqafah Islamiah ialah pengetahuan tentang Islam dari sudut manhaj, usul dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya atau terhasil daripadanya.
  • Mewujudkan “Biah Islamiah”ia-itu suasana sekeliling yang bercirikan Islam.
  • Menghubungkan anggota usrah secara langsung dengan al-Quran dan al-Sunnah.
  • Membina satu generasi al-Quran yang beramal dengan ajaran Islam secara menyeluruh serta menghayatinya dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.
  • Melahirkan modal insan mempunyai Thaqafah Islamiah serta mampu untuk membimbing diri sendiri, rakan sebaya, keluarga, masyarakat dan bekerja untuk Islam.
Sumber: Binnadwah

Jadual Program Usrah STAROBA

Program Usrah STAROBA 2014

Sesi keHari dan TarikhSurah dan HadisTuan RumahTempat





7Sabtu 25 Jan 201436 Yasin (Ayat 41-62)
Hadis 18
Sdra Dr Hamdan NoorLot 2480, Jalan 8/24, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang.  
 Klik Peta Pandu Tuju
8Sabtu 1 Mac 201436 Yasin (Ayat 60-70)
Hadis 19
Sdra Khalid Hamid (Kah Lenggong)  31 Jalan Meringin, Bukit Meringin, Sg Ramal Luar, Kajang.
Klik Peta Pandu Tuju
9Sabtu 5 Apr 201436 Yasin (Ayat 71-83)
Hadis 20
  Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Klik Panduan Pandu Tuju
10Sabtu 17 Mei 201418 Al-Kahfi (Ayat 1-10)  Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Klik Panduan Pandu Tuju
11Sabtu 21 Jun 201418 Al-Kahfi (Ayat 11-20)  Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Klik Panduan Pandu Tuju
12Sabtu 27 Sep 201418 Al-Kahfi (Ayat 21-26)
Hadis 21
  Sdra Dr Hamdan NoorLot 2480, Jalan 8/24, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang.  
 Klik Peta Pandu Tuju
13Sabtu 13 Dis 201418 Al-Kahfi (Ayat 27-34)

  Sdra Azlan AbdullahNo. 41, Jalan Jade Hills 12/1, Jade Hills, 43000 Kajang. 
GPS Coordinates: 2.994209, 101.757264
Klik Panduan Pandu Tuju







Aturcara usrah:

10.00 pagi     - Sedia berkumpul di tempat yang ditetapkan
10.15 pagi     - Pembukaan usrah oleh Ustaz
10.25 pagi     - Sesi pembaikan bacaan Al Qur'an
11.25 pagi     - Sesi membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi
12.20 petang - Penggulungan usrah oleh Ustaz
12.28 petang - Penetapan usrah akan datang
12.30 petang - Jamuan ringan


Program Usrah STAROBA 2013

Sesi keHari dan TarikhSurah dan HadisTuan RumahTempat
1Ahad 14 Apr 201387 Al A'laa,
Hadis 14      

Bilik Balqis, Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.   
2Sabtu 18 Mei 201386 At Thariq, Hadis 15
Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
3Sabtu 22 Jun 201385 Al Burooj, Hadis 16
Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
4Sabtu 21 Sep 201384 Al Insyiqaq
Hadis 17
  Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
5Sabtu 26 Okt 2013
36 Yasin (Ayat 1-21)Sdra Ahmad DarusNo.14, Jalan BRP 3/3A, Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh.
 Klik Peta Pandu Tuju
6Sabtu 30 Nov 201336 Yasin (Ayat 22-40)  Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran, 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur.










Aturcara usrah:

10.00 pagi     - Sedia berkumpul di tempat yang ditetapkan
10.15 pagi     - Pembukaan usrah oleh Ustaz
10.25 pagi     - Sesi pembaikan bacaan Al Qur'an
11.25 pagi     - Sesi membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi
12.20 petang - Penggulungan usrah oleh Ustaz
12.28 petang - Penetapan usrah akan datang
12.30 petang - Jamuan ringan