Thursday, March 20, 2014

Program Usrah STAROBA Sesi Kelapan Sabtu 1 Mac 2014 - Laporan






AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi kelapan telah berjalan lancar pada hari Sabtu 1 Mac 2014.  Program ini telah diadakan di Rumah Rumah Sdra Khalid Hamid (STAR'66) (Facebook: Kah Lenggong), 31 Jalan Meringin, Bukit Meringin, Sg Ramal Luar, Kajang.

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.








Seramai 19 orang STARobs dan 7 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Khalid Hamid (Kah Lenggong) dan isteri, sebagai tuan rumah
  3. Azlan Abdullah dan isteri
  4. Dr Hamdan Noor dan isteri
  5. Che Yusoff Che Omar dan isteri
  6. Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
  7. Kamaruddin Salleh dan isteri
  8. Dato' Hamzah Ibrahim
  9. Dr Shamsuddin Mukhtaram
  10. Hamid Shafie
  11. Che Abd Rahim Che Ahmad
  12. Bani Hasan Basir
  13. Wan Mohd Nor Wan Ismail
  14. Jamarie Othman
  15. Abd Razak Bakar
  16. Isa Duseh
  17. Hilmi Khalid
  18. Ramlan
  19. Ahmad Puzi Rais dan isteri


Disamping itu peserta-peserta kelas Qur'an Ustazah Hamidah (Puan rumah) juga hadir dan menyertai membaca Al-Qur'an.

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 60-70) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Hukum tajwid yang dibincangkan kali ini adalah cara membaca kalimah yang bermula dengan Alif/Hamzah wasal; selalunya tidak ada tanda baris pada huruf ini. Ia disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya ketika dibaca secara sambung dengan kalimah sebelumnya. Tanda Hamzah Wasal ialah terdapat huruf Sad kecil di atas huruf Alif.

Cara membacanya:
  1. Kalau kalimah itu adalah kata nama, maka kalimah itu dimulakan bacaannya dengan baris atas.  Kebanyakan kalimah kata nama dimulakan dengan huruf Alif Lam.  Ada pengecualian untuk beberapa kalimah kata nama seperti ismu, ibnu, dan dua tiga kalimah kata nama lain.
  2. Kalau kalimah itu adalah kata kerja/perbuatan atau kata perintah, permulaan bacaan kalimah itu bergantung kepada baris untuk huruf ketiga dalam kalimah tersebut:
  • dimulakan bacaannya dengan baris bawah jika huruf ketiganya berbaris atas atau berbaris bawah
  • dimulakan bacaannya dengan baris depan jika huruf ketiganya berbaris hadapan
Juga dibincangkan hukum nun sabdu dan mim sabdu - ia perlu didengungkan dua harakat.

Naqib juga memberi nasihat agar kita menghormati Al-Qur'an dengan peradaban mulia. Contohnya apabila kita membaca Al-Qur'an adalah kurang beradab jika kita duduk bersandar.

Sumber:
Tajwid Asas
Pendidikan Untuk Semua







Hadis 40 Imam An-Nawawi

Perbincangan Hadis ke 19 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi juga dijalankan.

Maksud hadis:

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: "Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.

Dalam riwayat selain al-Tirmizi, hadis berbunyi: "Peliharalah Allah, nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang, nescaya Dia akan mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak menimpamu, ia tidak akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap menimpamu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu ada bersama kesusahan dan bersama kesusahan itu ada kesenangan."

Pengajaran hadis:
  1. Seorang mukmin mesti menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan tempat, lebih-lebih lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara Allah sepanjang masa, terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
  2. Segala permintaan, mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata. Tidak ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi manusia kecuali Allah SWT jua.
  3. Segala apa yang berlaku dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT (Qada' dan Qadr), bukannya kerana sebab dan usaha manusia. Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada mana-mana hamba, walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong melakukannya.
  4. Umat lslam mestilah yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap keperitan hidup pasti ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.
Sumber:
Salam Garden

Permintaan Khas

Selepas tamat perbincangan, tuan rumah telah minta naqib untuk mengetuai Salawat Nabi dan bacaan doa selamat.

Ini diikuti dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah.



  • JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.
  • JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Khalid Hamidmdan isteri, Puan Hamidah, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
  • JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 9 akan diadakan seperti berikut:

Hari:         Sabtu 5 April 2014

Tempat:   Bilik Balqis, Aras B2, Kompleks Masjid Al-Ghufran
                 6C Jalan 4/71B, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail,
                 60000 Kuala Lumpur.

Pengisian:

•   Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 36 Yasin (Ayat 71-83)
•   Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 20

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 20 Mac 2014

Thursday, February 20, 2014

Program Usrah STAROBA Sesi Ketujuh Sabtu 25 Januari 2014 - Laporan






Dr Hamdan Noor
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ketujuh telah berjalan lancar pada hari Sabtu 25 Januari 2014.  Program ini telah diadakan di Rumah Sdra Dr Hamdan Noor (STAR'71), Lot 2480, Jalan 8/24, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang.  

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad pada peringkat permulaan, kemudiannya diambil-aleh oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Che Abd Rahim Che Ahmad


Dr Muhamad Fuad Abdullah



Seramai 17 orang STARobs dan 9 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib 2
  3. Dr Hamdan Noor dan isteri, sebagai tuan rumah
  4. Azlan Abdullah dan isteri
  5. Dato' Mohamed Idris Saman 
  6. Che Yusoff Che Omar (Yusoff Bulanbiru) dan isteri
  7. Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
  8. Ahmad Darus dan isteri
  9. Kamaruddin Salleh dan isteri
  10. Dato' Hamzah Ibrahim
  11. Dr Shamsuddin Mukhtaram
  12. Hamid Shafie dan isteri
  13. Khalid Hamid (Kah Lenggong)
  14. Bani Hasan Basir dan isteri
  15. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae)
  16. Wan Mohd Nor Wan Ismail
  17. Ahmad Puzi Rais dan isteri
Bacaan Al-Quran

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 41-59) dengan panduan tajwid oleh Naqib.  

Hukum tajwid yang dibincangkan kali ini adalah hukum saktah yang terdapat dalam ayat ke 52.

Saktah dari segi bahasa bermaksud DIAM. Dari segi istilah ilmu tajwid saktah bermaksud memberhentikan bacaan tanpa memutuskan nafas sekadar tidak lebih dari dua harakat kemudian meneruskan bacaan tersebut dengan nafas yang sama.

Bacaan saktah hanya berlaku pada keadaan mewasalkan (meneruskan) bacaan sahaja. Maka tiada apa yang perlu disaktahkan bagi seorang yang memilih untuk waqaf (berhenti).

Ada empat tempat yang MESTI dibaca dengan saktah jika diwasalkan bacaan padanya. Tempat-tempat saktah ditandakan dengan huruf sin kecil di dalam al Quran Rasm Uthmani.

1- Surah al Kahf (ayat 1-2). Cara : saktah dilakukan dengan alif tanpa tanwin dan ikhfa'.
2- Surah Yasin (ayat 52). Cara : saktah dilakukan dengan alif.
3- Surah al Qiyamah (ayat 27). Cara : saktah dilakukan dengan izhar tanpa idgham.
4- Surah al Mutoffifin (ayat 14). Cara : saktah dilakukan dengan sukun tanpa idgham.

Dan ada dua tempat yang HARUS saktah padanya.

1- Surah al Haqqah (ayat 28-29). Cara : saktah pada ha' sukun.
2- Surah at Taubah (ayat 1). Cara : saktah pada mim 'aridh lis sukun pada ayat 75 di akhir surah al Anfal jika diwasalkan bacaan dengan ayat 1 surah at Taubah.

Sumber: Fiqsan Blogspot 





Hadis 40 Imam An-Nawawi

Perbincangan Hadis ke 18 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi juga dijalankan.

Maksud hadis: 

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda: 

Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik. 

Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip, ia adalah Hadis Hasan Sohih. 

Perbincangan Hadis: 

1) Bertaqwa kepada Allah adalah perintah Allah yang Agong:
  • Diperintahkan kepada orang-orang terdahulu dan yang kemudian (an-Nisa’: 131).
  • Nabi memulakan khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102), (an-Nisa: 1), (al-Ahzab:70).
2) Taqwa ialah sesuatu yang diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari Allah: iaitu murkaNya, dendamNya dan azabNya.
  • Juga termasuk dalam taqwa ialah melakukan perkara wajib dan meninggalkan yang haram.
3) Kelebihan sifat ini:
  • Orang yang mempunyai sifat ini akan mewarisi syurga.
  • Taqwa sebagai penyebab bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
  • Dibuka semua pintu barakat yang berada di langit dan di bumi.
  • Janji Allah pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
  • Mempermudahkan bagi mereka urusan dunia dan akhirat. 
  • Balasan yang baik bagi mereka di dunia dan di akhirat.
4) Taqwa yang dikehendaki :
  • Ketika sunyi dan juga terang-terangan: sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah.
  • Jika tidak rasa muraqabah Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).   Muraqabah bererti mengingati Allah S.W.T. dengan cara memikir,merenong di samping menilik dan meneliti kebesaran,keagongan serta kekuasaan Allah S.W.T. (Sumber: Halaqah ) 
5) Maksud perkara yang baik memadamkan yang jahat: 
  • Setengah ulama' pendapat “hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17). Jumhur ulama' berpendapat taubat yang dikehendaki ialah “Taubat Nasuha” (al-Furqan:69). Hanya dosa-dosa kecil sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.   
6) Akhlak yang baik sebahagian dari taqwa; 
  • Tanda sempurna iman seseorang ialah tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah. Cara memperelokkan akhlak ialah dengan mengambil qudwah (contoh teladan) dari nabi saw dengan mempelajari sirahnya: cara adab nabi dengan Allah, adab nabi dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).

Pengajaran hadis:
  1. Taqwa dituntut walaupun di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di ketika keseorangan. lni adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan munafik yang hanya mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh daripada pandangan manusia. 
  2. Melakukan kesalahan adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan, mereka dituntut agar mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan kejahatan tersebut. 
  3. Akhlak dan budi pekerti yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan mu'amalah dalam masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan masyarakat penyayang dapat dilahirkan. 

Sumber: Salam Garden  


Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. 







Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad dan Sdra Che Abd Rahim kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri, Puan Noorul Ain, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.


Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 8 akan diadakan seperti berikut:

Hari:         Sabtu 1 Mac 2014
Tempat:   Rumah Sdra Khalid Hamid (Facebook: Kah Lenggong) (STAR'66)
                   31 Jalan Meringin, Bukit Meringin, Sg Ramal Luar, Kajang.

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 36 Yasin (Ayat 60-83)
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 19

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 19 Februari 2014 

Monday, December 2, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Keenam Sabtu 30 November 2013 - Laporan








AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi keenam telah berjalan lancar pada hari Sabtu 30 November 2013. Program ini telah diadakan di Bilik Balqis, Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.


Seramai 12 orang STARobs, 4 Isteri dan seorang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

Sebahagian peserta-peserta lelaki

Lagi peserta-peserta

Para isteri dan anak juga turut serta
  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
  4. Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri
  5. Sdra Kamaruddin Salleh, isteri dan anak
  6. Sdra Dato' Hamzah Ibrahim
  7. Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
  8. Sdra Md Yasan Rahmin
  9. Sdra Che Yusoff Che Omar
  10. Sdra Hamid Shafie
  11. Sdra Dr Shamsuddin Mukhtaram
  12. Sdra Ahmad Puzi Rais

Sebungkusan rambutan merah dari dusun Sdra Dato' Mohamed Idris














Sdra Dato' Mohamed Idris Saman dan Sdra Shariff Ali juga menjengok sebentar serta menghadiahkan sebungkusan buah rambutan. Mereka berdua dalam perjalanan ke Hospital Tunku Jaafar Seremban untuk menziarahi Sdra Sabudin Bidol, ayah rakan Starob kita, Bob Danial, yang masih kritikal dan belum sedar semenjak dimasukkan ke hospital. Bersamalah kita berdoa agar beliau sembuh segera.


Bacaan Al-Quran

Sdra Che Rahim membaca secara hafazan 

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 22-40) dengan panduan tajwid oleh Naqib.









Sdra Dr Shamsuddin bertaranum...












Tuan Presiden juga tidak ketinggalan membaca...














Puan Mashitah juga membaca.


















Hadis 40 Imam An-Nawawi

Perbincangan tentang Hadis ke 18 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi ditangguhkan ke sesi yang akan datang.


Sambil makan masih terus berbincang mengenai tajwid

Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan ringan yang disediakan.









Mee rebus ni memang sedaaap!














Memang sedaap!















Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama di dewan solat utama Masjid Al Ghufran.


JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Ibrahim Mohamed dan isteri, Puan Mashitah, kerana telah menjadi penganjur sepenuhnya sesi ini.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.


Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 7 akan diadakan seperti berikut:

Hari:         Sabtu 21 Disember 2013
Tempat:   Rumah Sdra Dr Hamdan Noor,
                 Lot 2480, Jalan 8/24, Sg Ramal Dalam, 43000 Kajang.
Pengisian:
  • Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 36 Yasin (Ayat 41-62)
  • Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 18


Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 2 Disember 2013

Thursday, October 31, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Kelima Sabtu 26 Oktober 2013 - Laporan








Sdra Ahmad Darus


AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi kelima telah berjalan lancar pada hari Sabtu 26 Oktober 2013. Program ini telah diadakan di Rumah Sdra Ahmad Darus (STAR'71), No.14, Jalan BRP 3/3A, Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh.



Sdra Che Abd Rahim


Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib, menggantikan Naqib yang biasa Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana beliau tidak dapat bersama kali ini.

Seramai 11 orang STARobs dan 5 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Ahmad Darus dan isteri
  4. Sdra Che Yusoff Che Omar dan isteri
  5. Sdra Kamaruddin Salleh dan isteri
  6. Sdra Hamid Shafie dan isteri
  7. Sdra Amran Hassan
  8. Sdra Dr Shamsuddin Mukhtaram
  9. Sdra Mohd Fathil Shariff
  10. Sdra AbdulRazak MohdNoor
  11. Sdra Dr Rusli Mohd


Bacaan Al-Quran

Gambar oleh Mran Hassan
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 36 Yasin (Ayat 1-21) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Gambar oleh Ahmad Darus

Gambar oleh Ahmad Darus

Gambar oleh Ahmad Darus


Hadis 40 Imam An-Nawawi

Perbincangan tentang Hadis ke 18 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi ditangguhkan ke sesi yang akan datang.

Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera juadah yang disediakan oleh tuan rumah kali ini, Sdra Ahmad Darus dan isteri.


JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim kerana telah menjadi Naqib Usrah.

 JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Ahmad Darus dan isteri kerana telah menjadi tuan rumah sesi ini.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.


Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 6 akan diberitahu dalam masa terdekat.


Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 31 Oktober 2013 berasaskan maklumat yang disediakan oleh Sdra Ahmad Darus dan Sdra Azlan Abdullah.

Wednesday, October 9, 2013

Program Usrah STAROBA Sesi Keempat Sabtu 21 September 2013 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi keempat telah berjalan lancar pada hari Sabtu 21 September 2013. Program ini telah diadakan di Bilik Balqis, Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.


Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.


Seramai 20 orang telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
  2. Sdra Azlan Abdullah dan isteri
  3. Sdra Dato' Mohamed Idris Saman
  4. Sdra Che Yusoff Che Omar dan isteri
  5. Sdra Dr Ibrahim Mohamed dan isteri
  6. Sdra Ahmad Darus dan isteri
  7. Sdra Dr Hamdan Noor dan isteri
  8. Sdra Kamaruddin Salleh dan isteri
  9. Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
  10. Sdra Md Yasan Rahmin
  11. Sdra Yuzer Yusoff
  12. Sdra Engku Aziz S Mohd
  13. Sdra Shariff Ali
  14. Sdra Ahmad Puzi Rais


Bacaan Al-Quran

Semua peserta lelaki (kecuali dua peserta yang memberikan laluan) dan dua peserta wanita telah mengambil peluang untuk membaca Surah 84 Al Insyiqaq dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Tajwid:

Surah ini mengandungi satu tempat yang disunatkan sujud sajadah (juga dinamakan sujud tilawah).

Sekiranya seseorang itu mendengar bacaan ayat sajadah dan tidak berupaya untuk sujud sajadah (umpamanya sedang memandu), boleh dilakukan sujud ini secara isyarat. Boleh juga ditangguhkan sujud sajadah itu hingga ketika dia boleh, asalkan tidak terlampau lama masa yang terluput di antaranya.

Sekiranya surah yang mengandungi itu dibaca berulang kali, seperti apabila setiap peserta kelas tajwid membaca surah yang sama sambil diperhatikan oleh guru tajwid, sujud tilawah boleh dilakukan apabila peserta terakhir membaca ayat sajadah. Sekiranya kelas itu diadakan dalam bilik darjah (berkerusi dan bermeja) bolehlah dilakukan sujud itu secara isyarat sahaja dan tidak perlu mengadap qiblat.

Untuk penerangan lanjut mengenai sujud sajadah sila layari:


Perbincangan dan Pengajaran:

Surah ini membicarakan keadaan hari kiamat, kebangkitan dan pembalasan. Pada hari kiamat langit akan terbelah dan bumi akan menjadi terhampar rata dan isi bumi (mayat-mayat dan bukti perbuatan mereka) akan tercampak keluar. Semuanya akan mematuhi perintah Allah, tiada sesuatu pun berupaya melanggar perintahNya.

Sama ada manusia sedar atau pun tidak, dia sebenarnya sedang bergerak ke destinasi di mana dia akan hadir dan berdiri di hadapan Allah. Pada ketika itu manusia akan dibahagikan kepada dua kumpulan:

  • Kumpulan pertama akan menerima buku amalan mereka dengan tangan kanan: mereka ini akan dimaafkan dan diberikan pertimbangan ringan.
  • Kumpulan kedua akan menerima buku amalan mereka dari belakang atau dengan tangan kiri. Mereka ini berharap agar mereka dimatikan, tetapi mereka tidak mati sebaliknya mereka akan dicampak ke dalam neraka. Mereka menerima nasib ini kerana semasa di dunia mereka tidak percaya bahawa mereka akan dihadirkan di hadapan Allah untuk dipertanggungjawabkan atas segala perbuatan mereka di dunia.


Sebagai rumusannya, orang yang menolak Qur'an dan tidak mahu tunduk kepada Allah apabila mendengarnya, telah diberikan amaran akan seksaan dahsyat yang menanti mereka. Sebaliknya orang yang beriman dan beramal soleh menerima berita gembira dan diberikan ganjaran yang tidak terhingga.

WalLahu a'lam.

Sumber: Tafhim al-Qur'an oleh Sayyid Abul Ala Maududi.  






Hadis 40 Imam An-Nawawi

Selepas itu perbincangan tentang Hadis ke 17 dari Hadis 40 Imam An-Nawawi dijalankan.


Makna hadis:

Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:

Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu.
                      - Hadis riwayat al-lmam Muslim.


Perbincangan dan Pengajaran:

Hadis ini mengandungi satu prinsip dan memberikan contoh untuk menggunakan prinsip yang dinyatakan. Ini adalah cara Nabi membolehkan dan memudahkan umatnya menggunakan prinsip itu dalam keadaan yang hampir serupa.


lslam adalah agama Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti dilakukan dengan benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja semata-mata.


Ehsan yang dianjurkan oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang gemilang dan cemerlang, kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang paling maksimum.


Ehsan yang dianjurkan bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi binatang dan makhluk lain, sehinggakan mahu membunuh, ia-itu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun, lslam menuntut supaya dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang menambahkan kesakitan dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan hati dan keluhuran perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.



Antara ciri-ciri ehsan adalah:

  • ikhlas
  • memberi manfaat kepada yang lain
  • teliti & sungguh-sungguh
  • yang paling sempurna
  • perelokkan cara - paling mudah, paling cepat
  • tidak menyiksa
  • menjaga syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat
  • berkeahlian, kepakaran, berilmu

WalLahu a'lam.

Sumber:




Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera jamuan ringan yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan solat Zuhr bersama-sama di dewan solat utama Masjid Al Ghufran.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Muhamad Fuad kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.



Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 5 akan diadakan seperti berikut:

Hari:         Sabtu 26 Oktober 2013
Tempat:   Rumah Sdra Ahmad Darus, 
                 No.14, Jalan BRP 3/3A, Sunway Rahman Putra, Sg. Buloh.
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 36 Yasin (Ayat 1-20)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 18


Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 8 Oktober 2013