Thursday, January 26, 2017

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-33 Sabtu 21 Januari 2017 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-33 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 21 Januari 2017.  Program ini telah diadakan di rumah kepunyaan bersama Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan YA Yussof Ahmad ('61) di No. 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor.  
Tan Sri Abdul Samad Alias
YA Yussof Ahmad













Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.


Dr Muhamad Fuad Abdullah
Seramai  orang 21 STARobs dan 12 Isteri serta 1 anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri, sebagai tuan rumah bersama
  3. YA Yussof Ahmad ('61) dan isteri, sebagai tuan rumah bersama
  4. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('61) 
  5. Md Zin Sham ('61)
  6. Maarop Marjuki ('62)
  7. Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63)
  8. Ir Khalid Ahmad ('63) dan isteri
  9. Datuk Hj Alias Ali ('64) dan isteri
  10. Tajudin Ibrahim ('68) dan isteri serta anak
  11. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  12. Shariff Ali ('69)
  13. Mohd Nooh Hassan ('70)
  14. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  15. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) dan isteri
  16. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  17. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  18. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  19. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  20. Jamian Basar ('77) dan isteri 
  21. Amirul Hafiz (2014)



Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 59 Al-Hashr (Ayat 1-9) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
  1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
  2. Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat) dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambillah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya. 
  3. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetapkan pengusiran (yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa mereka di dunia dan mereka pula akan beroleh azab seksa Neraka pada hari akhirat kelak. 
  4. (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan RasulNya dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya. 
  5. Mana-mana jua pohon kurma (kepunyaan musuh) yang kamu tebang atau kamu biarkan tegak berdiri seperti keadaannya yang asal, maka yang demikian adalah dengan izin Allah (kerana Dia hendak memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin), dan kerana Dia hendak menimpakan kehinaan kepada orang-orang yang fasik. 
  6. Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada RasulNya dari peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasulNya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang) dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
  7. Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah dan bagi kaum kerabat (Rasulullah) dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya). 
  8. (Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya). 
  9. Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 













Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 37 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.

Daripada lbnu 'Abbas r.a. daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:

Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.

Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz hadis ini).

  • Lafaz (عنده) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
  • Lafaz (آاملة) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
  • Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya kemudian dia tidak jadi melakukannya: ungkapan ( اآتبها  الله عندهحسنةآاملة) yang bererti “Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz “sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya: ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang bererti “Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu menghitung puja-puji ke atasnya.

وباالله التوفيق  (Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut - penulis).


Pengajaran hadis:
  1. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala, sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia  dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya kurniaan Allah.
  2. Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian sebelum maut datang menjemput.
  3. Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi, malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia. 

Sumber:  Salam Garden  





Penutup
Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. 













Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Kompleks Yayasan Al-Jenderami.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) serta isteri Puan Sri Jauriah, dan YA Yussof Ahmad ('61) dan isteri Puan Hapsah, aka Kak Chah, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan-tuan rumah sesi ini dan keluarga mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka.  Jadikanlah sumbangan mereka ini  pembersih/penyuci/penggubat buat mereka sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezeki mereka.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga mereka.  Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan keluarga mereka.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-34 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 25 Feb 2017
Tuan Rumah: Penganjuran dialu-alukan

Pengisian:   
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 59 Al-Hashr (mulai Ayat 10) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 38

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 26 Jan 2017

Thursday, December 29, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-32 Sabtu 17 Disember 2016 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-32 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 17 Disember 2016.  Program ini telah dianjurkan oleh STARians USJ-Subang Jaya dan diadakan di Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
Dr Muhamad Fuad Abdullah

Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 18 STARobs dan 8 Isteri serta seorang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Khalid Ahmad ('63) dan isteri
  3. Shamsuddin Ahmad ('68)
  4. Hj Tajudin Ibrahim ('68) dan anak
  5. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  6. Mohamad Noh Hassan ('70)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  10. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  11. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71)
  12. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  13. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  14. Kamaruddin Salleh ('71)
  15. Jasni Ladin ('71)
  16. Abas Ramli ('71)
  17. Muhamad Darif Idris ('72)
  18. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
Pembukaan dan Ta'aruf

Sdra Abas Ramli ('71) memulakan majlis dengan memberikan pengenalan tentang Masjid Al-Mukminun. Seterusnya beliau menjemput Sdra Shamsuddin Ahmad ('68) untuk memperkenalkan diri.

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 11-22) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

11 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

12 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya; (pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih. Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

13 Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu), maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya), serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.

14 Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik) dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

15 Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.

16 Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.

17 harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli Neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.

18 (Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.

19 Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.

20 Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.

21 Allah telah menetapkan: Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang). Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.

22 Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Sumber:  Search Truth 






Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 37 tidak dibacakan kerana kesuntukan masa.

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Masjid Al Mukminun USJ 2.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.






Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada STARians USJ-Subang Jaya kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan2 rumah sesi ini dan keluarga2 mereka dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangan mereka ini sebagai amal jariah yang akan dibalas dengan syurga di akhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosa mereka dan permudahkan segala urusan mereka.  Jadikanlah sumbangan mereka ini  pembersih/penyuci/penggubat buat mereka dan keluarga2 mereka.  Murahkan dan berkati rezeki mereka.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepada mereka dan ahli2 keluarga2 mereka.  Jadikanlah mereka terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepada mereka dan keluarga2 mereka.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-33 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 21 Jan 2017
Tuan Rumah: Tan Sri Abdul Samad Alias (STAR '61)
Tempat: 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
GPS Coordinates:  2.879813, 101.724862

Pengisian:

•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 59 Al-Hashr (mulai Ayat 1)
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 37

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 29 Dis 2016

Wednesday, December 21, 2016

Program Usrah STAROBA 2017

Program Usrah STAROBA 2017

Sesi keHari dan TarikhSurah dan HadisTuan RumahTempat
33 Sabtu 21 Jan 2017 59 Al-Hashr (Ayat 1-9)
Hadis 37
Tan Sri Abdul Samad Alias (STAR '61) dan YA Yussof Ahmad (STAR '61)  15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
34 Sabtu 25 Feb 2017 59 Al-Hashr (Ayat 10-20) Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) STAROBA Corner/Surau Al-Amin, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur
35 Sabtu 15 Apr 2017 59 Al-Hashr (Ayat 18-24)
Hadis 38
STARians USJ-Subang Jaya  Bilik Mesyuarat, Masjid Darul Ehsan, Jalan SS15/2E, 47500 Subang Jaya, Selangor.
36 Sabtu 20 Mei 2017 49 Al-Hujuraat (Ayat 1-18) Tan Sri Abdul Samad Alias (STAR '61) dan YA Yussof Ahmad (STAR '61) 15 Lorong Fasa 6/2, Yayasan Al-Jenderami, Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor
37 Sabtu 19 Ogos 2017 49 Al-Hujuraat (Ayat 1-18)
Hadis 39
Sdra Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah (STAR '71) Surau Al Amin, Jalan Sari Ilmia 2, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor. 
38 Sabtu 23 Sep 2017 23 Al-Mu'minuun (Ayat 1-27)
Hadis 40
Prof Dr Abdul Rahman Mohd Noor (STAR '71) dan Ir Shokri Dahan ('72)  Surau Nuruddin D'Kayangan, Persiaran Selatan D'Kayangan, Seksyen 13 40200 Shah Alam, Selangor
39 Sabtu 4 Nov 2017 23 Al-Mu'minuun Ayat 28-42)
Hadis 41
Sdra Ahmad Puzi Rais (STAR '71) No. 18, Lorong Rahim Kajai 7, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur, W.P.
40Sabtu 16 Dis 2017 23 Al-Mu'minuun (mulai Ayat 43)
Sesi pencerahan pengurusan harta pusaka

STARians USJ-Subang JayaDewan Dato' Dr. Ghazali, Masjid Al-Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor.
GPS Coordinates: 3.0599989,  101.5854452 
Pandu Tuju
. . . . .


Aturcara usrah:

10.00 pagi     - Sedia berkumpul di tempat yang ditetapkan
10.15 pagi     - Pembukaan usrah oleh Ustaz
10.25 pagi     - Sesi pembaikan bacaan Al Qur'an
11.25 pagi     - Sesi membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi
12.20 petang - Penggulungan usrah oleh Ustaz
12.28 petang - Penetapan usrah akan datang
12.30 petang - Jamuan ringan

Wednesday, November 30, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-31 Sabtu 19 November 2016 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-31 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 19 November 2016.  Program ini telah diadakan di Badan Kebajikan Islam Taman Tun Dr Ismail (BAKTI-TTDI), 1, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 15 STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib
  2. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('61)
  3. Khalid Ahmad ('63) dan isteri
  4. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  5. Mohamad Noh Hassan ('70)
  6. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71)
  10. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) 
  11. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  12. Yahaya Daud ('71) dan cucu
  13. Dr Rusli Mohd ('71)
  14. Bani Hasan Basir ('71) 
  15. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri






Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 1-10) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

1 Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

2 Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

3 Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

4 Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

5 Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,

6 Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.

7 Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

8 Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu dan mereka berkata sesama sendiri: (Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka Neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.

9 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan hendaklah kamu tetap bertakwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

10 Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.

Sumber:  Search Truth

Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis tidak dibacakan kerana kesuntukan masa.

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.







Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-32 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 17 Dis 2016
Tuan Rumah: Mohamad Noh Hassan ('70)
Tempat: Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates:  3.0599989,  101.5854452

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 11) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 37

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 30 Nov 2016