Dato' Hamzah |
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.
Dr Muhamad Fuad |
Seramai 11 orang STARobs dan 7 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
1. Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib
2. Dato' Hamzah Ibrahim dan isteri, sebagai tuan rumah
3. Azlan Abdullah dan isteri
4. Dato' Mohamed Idris Saman dan isteri
5. Dr Hamdan Noor dan isteri
6. Dr Shamsuddin Mukhtaram dan isteri
7. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor dan isteri
8. Kamaruddin Salleh
9. Bani Hasan Basir
10. Jamlus Idris
11. Ahmad Puzi Rais dan isteri
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 18 Al-Kahfi (Ayat 75-83) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Selepas itu Sdra Naqib telah memberikan sedikit tafsiran ayat-ayat yang dibaca.
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis 25 dibincangkan.
Maksud hadis:
Daripada Abu Zarr r.a., (beliau meriwayatkan):
Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka. Baginda bersabda: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya
dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat
haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Hadis riwayat al-lmam Muslim
Pengajaran hadis:
(1) Para sahabat Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering berlumba-lumba mahu melakukan kebaikan.
(2) Setiap amalan soleh mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan dipersia-siakan sama sekali.
(3) Banyak amalan soleh yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih iaitu mengucap (اﷲسبحان ), bertahmid iaitu mengucap (ﷲالحمد), bertahlil iaitu mengucap (اﷲإلاإلهلا), menyuruh orang berbuat ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah sehinggakan melakukan hubungan sekspun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap berdosa dan akan menerima azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.
(4) Bagi orang-orang kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah, lebih-lebih lagi kalau mereka terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan amal ibadat sunat yang lain.
(5) Seorang kaya yang suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang dianjurkan dalam hadis ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di sisi Allah SWT.
Sumber: salamgarden
Penutup
Selepas tamat perbincangan semua peserta menjamu selera di majlis walimah anak tuan rumah yang diadakan di tempat sama.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Dato' Hamzah Ibrahim dan Datin, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak. Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya. Jadikanlah sumbangannya ini pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga. Murahkan dan berkati rezekinya. Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya. Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke 19 akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu 15 Ogos 2015
Tempat: Rumah Tan Sri Abdul Samad Alias:
Lot 5341, Kg Bukit Raya,
Batu 10, Jalan Hulu Langat,
43100 Hulu Langat, Selangor.
GPS Coordinates : 3.075483, 101.782995
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 18 Al-Kahfi (mulai Ayat 83)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis 26
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 4 Ogos 2015
No comments:
Post a Comment