Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad |
Seramai orang 15 STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib
- Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('61)
- Khalid Ahmad ('63) dan isteri
- Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
- Mohamad Noh Hassan ('70)
- Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
- Azlan Abdullah ('71) dan isteri
- Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
- Che Yusoff Che Omar ('71)
- Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71)
- Ahmad Darus ('71) dan isteri
- Yahaya Daud ('71) dan cucu
- Dr Rusli Mohd ('71)
- Bani Hasan Basir ('71)
- Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 1-10) dengan panduan tajwid oleh Naqib.
Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
1 Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
2 Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
3 Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
4 Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
5 Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,
6 Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.
7 Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
8 Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu dan mereka berkata sesama sendiri: (Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka Neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.
9 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan hendaklah kamu tetap bertakwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
10 Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
Sumber: Search Truth
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis tidak dibacakan kerana kesuntukan masa.
Penutup
Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-32 akan diadakan seperti berikut:
Waktu: 10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari: Sabtu 17 Dis 2016
Tuan Rumah: Mohamad Noh Hassan ('70)
Tempat: Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates: 3.0599989, 101.5854452
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 11)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 37
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 30 Nov 2016