Sdra Jamian Basar |
Dr Muhamad Fuad |
Seramai orang 16 STARobs dan 11 Isteri serta anak-anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
- Jamian Basar ('77) dan isteri, sebagai tuan rumah
- Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
- Tajudin Ibrahim ('68), isteri dan anak
- Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
- Azlan Abdullah ('71) dan isteri
- Che Abd Rahim Che Ahmad ('71), isteri dan anak-anak
- Yahaya Daud ('71)
- Dato' Hamzah Ibrahim ('71)
- Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
- Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
- Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) dan isteri
- Ahmad Darus ('71) dan isteri
- Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
- Ab Hamid Shafie ('71)
- Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah Surah 56 Al-Waqi'ah (Ayat 1-50) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
1 Apabila berlaku hari kiamat itu,
2 Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
3 Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat).
4 (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
5 Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
6 Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,
7 Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);
8 Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?
9 Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?
10 Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
11 Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
12 (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
13 (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
14 Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.
15 (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
16 Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
17 Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka;
18 Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
19 Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
20 Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
21 Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
22 Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
23 Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
24 (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
25 Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa;
26 Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).
27 Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
28 Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
29 Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
30 Dan naungan yang tetap terbentang,
31 Dan air yang sentiasa mengalir,
32 Serta buah-buahan yang banyak,
33 Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
34 Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
39 Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
40 Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
41 Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
42 Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
43 Serta naungan dari asap hitam,
44 Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan.
45 Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
46 Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
47 Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?
48 Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)?
49 Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,
50 Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum.
Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.
Sumber: Search Truth
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Hadis no. 33 dibacakan.
Maksud hadis:
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan sebahagiannya terdapat dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Daripada lbnu 'Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sekiranya manusia diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut harta dan darah kaum lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti keterangan bagi pihak yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Pengajaran hadis:
- Hadis ini menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar mendakwa sesuatu yang bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan kecohlah sistem kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak persengketaan, pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia membabitkan soal harta benda dan kekayaan.
- Untuk menghadapi kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah kehakiman yang bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah mengemukakan bukti keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula mestilah bersumpah menafikan tuduhan tersebut.
- Agama lslam adalah agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan saksama.
Sumber: Salam Garden
Penutup
Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh tuan rumah Sdra Jamian Basar.
Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Jamian Basar ('77) dan isteri, Puan Badariah Abdullah, kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak. Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya. Jadikanlah sumbangannya ini pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga. Murahkan dan berkati rezekinya. Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya. Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."
Program Usrah STAROBA akan datang
InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-28 akan diadakan seperti berikut:
Hari: Sabtu 21 Mei 2016
Tuan Rumah: Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72)
Tempat: STAROBA Corner/Surau Al-Amin
Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur.
GPS Coordinates : 3.2144152, 101.7219306
Pengisian:
• Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 56 Al-Waqi'ah (mulai Ayat 51)
• Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 34
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 3 Mei 2016
No comments:
Post a Comment