Wednesday, November 30, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-31 Sabtu 19 November 2016 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-31 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 19 November 2016.  Program ini telah diadakan di Badan Kebajikan Islam Taman Tun Dr Ismail (BAKTI-TTDI), 1, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib.

Seramai  orang 15 STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) sebagai Naqib
  2. Brig Gen (B) Dato' Mohamed Idris Saman ('61)
  3. Khalid Ahmad ('63) dan isteri
  4. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  5. Mohamad Noh Hassan ('70)
  6. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71)
  10. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) 
  11. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  12. Yahaya Daud ('71) dan cucu
  13. Dr Rusli Mohd ('71)
  14. Bani Hasan Basir ('71) 
  15. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri






Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 1-10) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

1 Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

2 Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

3 Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

4 Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

5 Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,

6 Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat), lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan. Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya. Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.

7 Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

8 Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik, kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah? Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu dan mereka berkata sesama sendiri: (Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu? Cukuplah untuk mereka Neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.

9 Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertakwa dan hendaklah kamu tetap bertakwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).

10 Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.

Sumber:  Search Truth

Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis tidak dibacakan kerana kesuntukan masa.

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan. Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Che Abd Rahim Che Ahmad ('71) kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.







Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-32 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 17 Dis 2016
Tuan Rumah: Mohamad Noh Hassan ('70)
Tempat: Masjid Al Mukminun, Jalan USJ 2/4S, Subang Jaya 47600, Selangor
GPS Coordinates:  3.0599989,  101.5854452

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 11) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 37

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 30 Nov 2016

Tuesday, November 1, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-30 Sabtu 15 Oktober 2016 - Laporan

AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-30 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 15 Oktober 2016. Program ini telah dianjurkan oleh Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah (STAR’71) dan diadakan di Surau Al-Amin, Jalan Sari Ilmia 2, Alam Sari, 43000 Kajang, Selangor.
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai  orang 16 STARobs dan 5 Isteri anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib dan tuan rumah
  2. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  3. Dr Hamdan Noor ('71) dan isteri 
  4. Kamaruddin Salleh ('71) dan isteri
  5. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71) dan isteri
  6. Azlan Abdullah ('71)
  7. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  8. Dato' Hamzah Ibrahim ('71) 
  9. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) 
  10. Ahmad Darus ('71) 
  11. Dr Rusli Mohd ('71)
  12. Jasni Ladin ('71)
  13. Bani Hasan Basir ('71) 
  14. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  15. Jamian Basar ('77) 
  16. Ahmad Qisti Ramli (STAR '83)

Serta beberapa ahli qariah Surau Al-Amin.





Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 57 Al-Hadid (Ayat 19-29) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

19 Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang "Siddiqiin" dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.

20 Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

21 Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

22 Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23 (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

24 Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina) dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

25 Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

26 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama maka sebahagian di antara mereka: Orang yang beroleh hidayat petunjuk dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka).

27 Kemudian Kami iringi sesudah mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa Ibni Mariam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri) dan (perbuatan mereka beribadat secara) "Rahbaniyyah" merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik (derhaka).

28 Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

29 (Ditetapkan pemberian yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani yang menentang Islam) mengetahui, bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu dari limpah kurnia Allah dan bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu terletak dalam kekuasaan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan (ingatlah), Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar.

Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 





Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 36 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya. 

Pengajaran hadis:
  1. lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
  2. lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara dan setimpal dengan perbuatannya.
  3. Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
  4. llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
  5. Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para penghuni langit. 
  6. Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti. 
Sumber: Salam Garden  




Penutup

Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr bersama-sama ahli qariah Surau Al Amin.

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan penanjur. 

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-31 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 19 Nov 2016
Tuan Rumah: -
Tempat: Bakti TTDI, 1, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

GPS Coordinates:  3.1460548,101.6306283

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 58 Al-Mujaadila (mulai Ayat 1) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 37

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 31 Okt 2016

Sunday, October 9, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-29 Sabtu 27 Ogos 2016 - Laporan

Sdra Azlan Abdullah 
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-29 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 27 Ogos 2016.  Program ini telah diadakan di rumah Sdra Azlan b Abdullah (STAR '71) di No. 41, Jalan Jade Hills 12/1, Jade Hills, 43000 Kajang. 


Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah 
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai  orang 20 STARobs dan 11 Isteri serta 1 anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Azlan Abdullah ('71) dan isteri, sebagai tuan rumah
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Khalid Hamid (Kah Lenggong, '66)
  5. Shariff Ali (STAR '69)
  6. Zainal Abidin Baharom (Zab) (STAR '69)
  7. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  8. Jamarei Othman ('70)
  9. Mohd Nooh Hassan ('70)
  10. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  11. Dr Abdul Rahman Hj Mohd Noor (Haji Mae) ('71) dan isteri
  12. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  13. Mustafa Yusof ('71) dan isteri
  14. Kamaruddin Salleh ('71)
  15. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  16. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
  17. Dr Rusli Mohd ('71) dan isteri
  18. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  19. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  20. Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri
  21. Nor Zaidi Azlan




Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 57 Al-Hadid (Ayat 1-18) dengan panduan tajwid oleh Naqib.

Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
  1. Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.  
  2. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
  3.  Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
  4. Dialah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia Mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
  5. Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.
  6. Dialah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti) dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
  7. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.
  8. Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).
  9. Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
  10. Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
  11. Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala yang besar!
  12. (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.
  13. (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa.
  14. (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
  15. Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah Neraka, Nerakalah sahaja penolong kamu dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!
  16. Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik (derhaka).
  17. Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya.
  18. Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 







Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 35 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Pengajaran hadis:
  1. Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
  2. lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.
  3. lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.
  4. Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.
  5. Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada, namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.
Sumber: Salam Garden  












Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. 

Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Tan Sri Abdul Samad Alias.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.



Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Azlan Abdullah (STAR '71) dan isteri Hajah Norbayah Ishak kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-30 akan diadakan seperti berikut:

Waktu:  10.00 pagi hingga 1.00 petang
Hari:      Sabtu 15 Okt 2016
Tuan Rumah: Ir Dr Muhamad Fuad Abdullah (STAR’71)
Tempat: Surau Al Amin, Jalan Sari Ilmia 2, 43000 Kajang, Selangor
GPS Coordinates:  2.9290521, 101.7943315

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 57 Al-Hadid (mulai Ayat 19) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 36

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 9 Okt 2016

Thursday, May 26, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-28 Sabtu 21 Mei 2016 - Laporan

Sdra Mohd Fauzi Mansur
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-28 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 21 Mei 2016.  Program ini telah dianjurkan oleh Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) dan diadakan di Surau Al-Amin, bersebelahan dengan STAROBA Corner, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur. 

Dr Muhamad Fuad Abdullah
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai  orang 11 STARobs dan 4 Isteri serta anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:

  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  3. Tajudin Ibrahim ('68) dan isteri serta anak
  4. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  5. Kamaruddin Salleh ('71) dan isteri
  6. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  7. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
  8. Dr Rusli Mohd ('71)
  9. Ab Hamid Shafie ('71)
  10. Jasni Ladin ('71)
  11. Roslan Md Diah ('74)

Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 56 Al-Waqi'ah (Ayat 51-96) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
51 Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),
52 Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,
53 Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,
54 Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,
55 Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas.
56 Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.
57 Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).
58 (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?
59 Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?
60 Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; 
61 (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. 
62 Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). 
63 Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? 
64 Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? 
65 Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, 
66 (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian. 
67 Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) 
68 Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? 
69 Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? 
70 Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. 
71 Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? 
72 Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? 
73 Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. 
74 Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). 
75 Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran;  
76 Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, - 
77 Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), 
78 Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, 
79 Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; 
80 Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. 
81 Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? 
82 Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? 
83 Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; 
84 Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, - 
85 Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 
86 Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); 
87 Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar? 
88 Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang "Muqarrabiin",
89 Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. 
90 Dan jika dia dari puak kanan, 
91 Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. 
92 Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, 
93 Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, 
94 Serta bakaran api Neraka. 
95 Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. 
96 Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 






Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 34 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.

Pengajaran hadis:

  1. Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.
  2. Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
  3. Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah. 

Sumber: Salam Garden  

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah di STAROBA Corner, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.


Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-29 akan diadakan selepas Raya 'Aidil-Fitri. Tempat dan tarikhnya akan diumumkan nanti.

Pengisian:   

•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 57 Al-Hadid (mulai Ayat 1) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 35

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 26 Mei 2016