Sdra Mohd Fathil Shariff |
Dr Muhamad Fuad Abdullah |
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.
Seramai orang 14 STARobs dan 9 Isteri serta seorang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
- Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
- Sdra Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri, sebagai tuan rumah
- Dato' Mohamed Idris Saman ('61) dan isteri
- Dato' Dr Noor Azmi Ibrahim ('63) dan isteri
- Tajudin Ibrahim ('68) dan isteri, serta anak
- Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
- Azlan Abdullah ('71) dan isteri
- Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
- Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
- Dr Abdul Rahman Mohd Noor ('71)
- M Yuzer M Yusoff ('71) dan isteri
- Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
- Basri Ibrahim ('72)
- Ahmad Fadzil Arif ('80)
Bacaan Al-Qur'an
Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 32 As-Sajda (Ayat 1-15) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:
1 Alif, Laam, Miim.
2 Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3 (Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: Dialah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya. (Dakwaan mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum (mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran sebelummu, semoga mereka beroleh hidayat petunjuk.
4 Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?
5 Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.
6 Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;
7 Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah;
8 Kemudian Dia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang;
9 Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
10 Dan mereka (yang kafir) itu berkata: Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baru? Betulkah demikian? (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.
11 Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan).
12 Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.
13 Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayat petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayat petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh).
14 (Lalu dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.
15 Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh) dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.
Sumber: Search Truth
Hadis 40 Imam An-Nawawi
Oleh kerana kesuntukan masa perbincangan mengenai hadis tidak sempat dijalankan.
Penutup
Selepas tamat perbincangan peserta-peserta menunaikan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Tuan Hj Tajudin Ibrahim ('68).
Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.
JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.
Penghargaan
JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri, Hajah Kamal Riah bt Nik kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.
"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.
Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak. Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya. Jadikanlah sumbangannya ini pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga. Murahkan dan berkati rezekinya. Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya. Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.
Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.
Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."
Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 17 Feb 2016
No comments:
Post a Comment