Friday, February 19, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-25 Sabtu 13 Februari 2016 - Laporan


Sdra M Yuzer M Yusoff
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-25 telah berjalan lancar pada hari Sabtu 13 Februari 2016.  Program ini telah diadakan di Rumah Sdra M Yuzer M Yusoff (STAR '71) di no. 58, Jalan Tepian 8/2, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor D.E.


Dr Muhamad Fuad Abdullah
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai  orang 22 STARobs dan 11 Isteri serta tiga orang anak telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Sdra M Yuzer M Yusoff ('71) dan isteri, sebagai tuan rumah
  3. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61) dan isteri
  4. Muhammad Abdul Wahab ('61)
  5. Tajudin Ibrahim ('68) dan isteri, serta anak
  6. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  7. Dato' Hamzah Ibrahim ('71)
  8. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  9. Che Yusoff Che Omar ('71) dan isteri
  10. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  11. Ab Hamid Shafie ('71)
  12. Dr Rusli Mohd ('71)
  13. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
  14. Dr Hamdan Noor ('71) dan isteri
  15. Yahaya Daud ('71)
  16. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  17. Kamaruddin Salleh ('71) dan isteri
  18. Engku Aziz S Mohd ('71)
  19. Ahmad Puzi Rais ('71) dan isteri
  20. Mohd Fathil Shariff ('72) dan isteri, serta anak
  21. Jamian Basar ('77)
  22. Rabuan Sulaiman ('71) dan anak - menyertai solat Zuhr sahaja.








Bacaan Al-Qur'an

Di permulaan sesi ini Naqib telah memberikan pengenalan mengenai Surah Ar-Rahman yang akan dibaca. Selepas itu peserta-peserta telah membaca Surah 55 Ar-Rahman (Ayat 1-42) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

1 (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

2 Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.

3 Dialah yang telah menciptakan manusia; -

4 Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

5 Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;

6 Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.

7 Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,

8 Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

9 Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

10 Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain.

11 Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;

12 Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;

13 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

14 Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,

15 Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;

16 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

17 (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

18 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

19 Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;

20 Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;

21 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

22 Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;

23 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

24 Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;

25 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

26 Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa

27 Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

28 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

29 Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

30 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?

31 Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!

32 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

33 Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

34 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

35 Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);

36 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

37 Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;

38 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan?

39 Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);

40 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

41 Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka);

42 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 





Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 31 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis riwayat lbnu Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik.

Daripada Abu al-'Abbas Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:

Seorang lelaki telah datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku suatu amalan yang apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia. 

Baginda bersabda: Zuhudlah engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia, nescaya manusia akan mengasihimu.

Pengajaran hadis:

  1. Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.
  2. Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.
  3. Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.
  4. Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

Sumber: Salam Garden  

Penutup

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.













Selepas itu peserta-peserta menunaikan solat Zuhr bersama-sama diimamkan oleh Sdra Muhammad Abdul Wahab.





JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra M Yuzer M Yusoff ('71) dan isteri, Rosidah Mohamad kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Program Usrah STAROBA akan datang

InsyaAllah Program Usrah STAROBA sesi ke-26 akan diadakan seperti berikut:

Hari:      Sabtu  19 Mac 2016
Tempat:  Rumah Tuan Hj Tajudin Ibrahim (STAR '68) 
              5 Jalan Puncak Setiawangsa 2, Bukit Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur
GPS Coordinates: 3.188178, 101.7430866

Pengisian: 
  
•  Pembaikan bacaan Al-Qur’an: Surah 55 Ar-Rahmaan (mulai Ayat 43) 
•  Membincang Hadis 40 Imam An-Nawawi: Hadis no. 32

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 19Feb 2016

No comments:

Post a Comment