Thursday, February 18, 2016

Program Usrah STAROBA Sesi Ke-24 Ahad 17 Januari 2016 - Laporan



Sdra Mohd Fauzi Mansur
AlhamdulilLah Program Usrah STAROBA sesi ke-24 telah berjalan lancar pada hari Ahad 17 Januari 2016.  Program ini telah dianjurkan oleh Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) dan diadakan di Surau Al-Amin, bersebelahan dengan STAROBA Corner, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur. 
Dr Muhamad Fuad Abdullah
Program Usrah ini telah diketuai oleh Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah sebagai Naqib.

Seramai  orang 19 STARobs dan 6 Isteri telah menyertai Program Usrah ini, terdiri daripada:
  1. Dr Muhamad Fuad Abdullah ('71) sebagai Naqib
  2. Tan Sri Abdul Samad Alias ('61)
  3. Dato' Mohamed Idris Saman ('61) dan isteri
  4. Sanusi Samid ('61)
  5. Zainal Abidin Dzulkarnain ('69) dan isteri
  6. Dato' Hamzah Ibrahim ('71)
  7. Azlan Abdullah ('71) dan isteri
  8. Ahmad Darus ('71) dan isteri
  9. Ab Hamid Shafie ('71) dan isteri
  10. Dr Rusli Mohd ('71)
  11. Dr Shamsuddin Mukhtaram ('71)
  12. Che Abd Rahim Che Ahmad ('71)
  13. Kamaruddin Salleh ('71)
  14. Ahmad Puzi Rais ('71) 
  15. Dato' Dr A Rahim Mohamad ('72)
  16. Ab Razak Bakar ('72)
  17. M Ali Ab Karim ('72)
  18. Aziz Harun ('73) dan isteri
  19. Jamian Basar ('77)
Beserta beberapa ahli Qariah Surau Al-Amin.




Bacaan Al-Qur'an

Di sesi ini peserta-peserta telah membaca Surah 32 As-Sajda (Ayat 16-30) dengan panduan tajwid oleh Naqib. Makna ayat-ayat itu juga dibacakan:

16 Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

17 Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

18 (Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).

19 Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

20 Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.

21 Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.

22 Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya). Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa (apa lagi orang-orang yang lebih zalim).

23 Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu menyambut dan menerimanya dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayat penunjuk bagi kaum Bani Israil.

24 Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

25 (Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

26 Dan belumkah lagi ternyata kepada mereka (yang kafir itu): Bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?

27 Dan tidakkah mereka (yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati (semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?

28 Dan mereka bertanya: Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?

29 Katakanlah (wahai Muhammad): (Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian).

30 Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka pun menunggu (kesudahanmu).

Naqib juga telah mentafsirkan ayat-ayat di atas.

Sumber:  Search Truth 





Hadis 40 Imam An-Nawawi

Hadis no. 30 dibacakan.

Maksud hadis:

Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain.

Daripada Abu Tha'labah al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah bersabda:

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu menghilangkannya (iaitu janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah menentukan beberapa batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang beberapa perkara, maka janganlah kamu cuba menyelidikinya.

Pengajaran hadis:
  1. Setiap mukmin dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan fardhu mahupun larangan haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan baik segala amalan fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan begitu sahaja.
  2. Demikian pula Allah menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap mukmin dituntut agar benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli perkara haram apatah lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
  3. Di samping itu, Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya secara jelas, maka janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan kerana lupa, bahkan sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia. Hukum perkara yang ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.
Sumber: Salam Garden  

Penutup

Selepas tamat perbincangan peserta-peserta menunaikan solat Zuhr di Surau Al-Amin.

Majlis diteruskan dengan menjamu selera jamuan yang disediakan oleh tuan rumah di STAROBA Corner, Jalan 1/23E, Taman Setapak Indah, Setapak, Kuala Lumpur.





















JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Dr Muhamad Fuad Abdullah kerana telah menjadi Naqib Usrah.

JazakalLahu Khairan Kathira kepada semua para peserta yang telah menghadirkan diri di sesi ini.

Penghargaan

JazakalLahu Khairan Kathira kepada Sdra Mohd Fauzi Mansur (STAR '72) kerana sudi menjadi tuan rumah sesi ini.

"Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Kurniakanlah tuan rumah sesi ini dan keluarganya dengan kebaikan yang banyak dan dengan balasan yang terbaik.

Ya Allah, terimalah sumbangannya ini sebagai satu amal jariah yang akan dibalas dengan syurga diakhirat kelak.  Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan permudahkan segala urusannya.  Jadikanlah sumbangannya ini  pembersih/penyuci/penggubat buatnya sekeluarga.  Murahkan dan berkati rezekinya.  Berilah keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat kepadanya dan ahli2 keluarganya.  Jadikanlah dia terus istiqamah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Ya Allah! Berilah rahmat kepadanya dan keluarganya.

Amin, amin, Ya Rabbul 'alamin."

Laporan disediakan oleh Ahmad Puzi bin Rais, 17 Feb 2016

No comments:

Post a Comment